Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Nur Qaireen Iman buat Ibu Touching


Assalammualaikum ,



Kisah Nur Qaireen Iman . Dah masuk 7 bulan dah makin banyak ragam , banyak akal dan makin bijak . Macam mana pun awak , ibu sayang awak . Nakal ke , ganas ke awak tetap anak ibu . Bila ibu tengok awak , rasa macam tengok diri sendiri plak . Tambahan pulak skg ramai kata dah ada rupa ibu , dari lahir semua duk kata muka abah . Kemain bangga abah awak bila ikut muka dia .



Nur Qaireen Iman Kerenah Baby



Semalam awak buat ibu touching tau . Kebetulan ibu 2 hari, balik keje ada event nak kena pi. Tempat event tak sesuai nak bawak awak . So , tinggal lah awak dengan abah . Malam pertama awak ok , kemain duduk ngan abah , suka gelak – gelak . Malam kedua , malam tadi lah citernya nie . Masa ibu nak keluar , ibu cium awak masa tengah mamai nak tido . Awak angkat kepala , terus merengek nak dukung . Awak nak ikut sebenarnya kan , tapi ibu tak leh bawak awak , sebab tempat event nie x sesuai bawak awak yang kecik lagi . Abah kata pi cepat , ibu pun tinggalkan awak dengan Abah dengan berat hati .



Nur Qaireen Iman Kerenah Baby




Sampai tempat event , ibu macam tak sedap hati . Then dapat whatsApp Abah kata awak meraung macam orang kena pukul , sampai tersedu-sedu . Abah naik risau , abah pujuk pun x jalan . Awak menangis sampai tertido . Ibu bila dengar , rasa bersalah sangat . Ibu pulak nak nangis sebab tinggalkan awak . Selalunya , memang ibu angkut jer awak kemana-mana ibu pergi , tapi event nie memang sungguh x sesuai nak bawak awak yang kecik lagi . Tempat bising , dengan orang merokok merata . Bukan untuk awak semua tue .




Nur Qaireen Iman Kerenah Baby




Event belum habis , ibu dah angkat kaki balik . Asik ingat awak kat rumah jer . Bila sampai umah , ibu tengok awak tengah tido . Ibu baring sebelah awak , tetiba awak angkat kepala ( tido meniarap ) pandang ibu . Awak terus mengesot letak kepala atas lengang ibu. Ibu usap kepala awak , awak angkat kepala sekali lagi pandang ibu dan letak kepala atas badan ibu pulak . Masa dan saat tue ibu rasa nak menangis , awak dah pandai nak bermanja . Memang awak dah makin bijak . Bila ibu jarak kan badan sebab nak bangun tuk iron baju keje untuk esok , awak pegang tangan ibu . Allah , touchingnyaaa .



Nur Qaireen Iman Kerenah Baby




Now , bila ibu pakai tudung . Awak dah pandai merengek mintak dukung . Awak dah tau ibu nak berjalan . Hari nie ibu gi keje , bila pengasuh dukung . Awak boleh hulur tangan kat ibu nak dukung . Ibu nak g keje lah sayang , ibu balik cepat hari nie . Ibu bawak awak jumpa client . Kemain bising mulut awak nak bincang sama . Amboi , awak berangan nak jadi PA ibu eh . Xpe , besar sikit awak pun jadi blogger eh . Awak anak yang sangat menyenangkan . Bawak kemana – mana x banyak ragam . Memang awak suka berjalan kan . Mana taknya , awak dah berjalan sakan dari dalam perut lagi . Sampai Langkawi ibu bawak awak tau .








p/s : 07.10.14 - 07.05.15 – awak dah 7 bulan . Kejap jer masa berlalu .










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah