Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Resepi Roti John Mudah Dan Sedap


Assalammualaikum,


Sepanjang YY mengandung nie, tak banyak sebenarnya benda yang teringin nak makan . Kira kalau nak pun, semua makanan yang biasa makan jer lah. Bukan makanan pepelik pun. So, tetiba tekak nie teringin bebenor nak makan roti john . Tapi, bila nak tue lah macam payah bebenor nak dapat .



Akhirnya, YY amik keputusan nak buat sendiri . Lagi pun YY ada tengok satu rancangan nie, rancangan masakan tapi di buat versi drama pelakon nya rita rudaini dan Faizal Hussein duk buat roti john sendiri. Nampak senang jerk .


So, mencari bahan – bahan buat roti john lah kan :


Bahan – Bahan Nak buat Roti John :

1. Roti panjang ( roti hotdog )

2. Daging cincang

3. Bawang merah di potong dadu

4. Telor

5. Garam

6. Lada hitam

7. Planta





Cara – Cara nya :

1. Campurkan daging cincang , Bawang Besar , Garam secukup rasa , telor dan Lada hitam

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap



2. Sesambil tue korang sapukan sedikit planta di roti dan bakaq dalam kuali.

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap  Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap




3. Kemudian korang letak kan bahan yang digaul tadi kedalam kuali .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap




4. Bila korang nampak cam daging nak masak sikit, tekap kan roti yang dah di leta planta tadi.

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap





5. Bila dah masak , boleh lah angkat .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap





6. Ulang langkah hingga settle semua roti korang .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap




7. Bila dah siap , boleh letak mayonis dan cili sos sesedap tekak korang .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap





8. Roti John Sedap dan senang SIAP .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap





Mudahkan , senang buat sendiri . Jimat banyak plak tueee. Maklum lah, harga Roti John sekarang boleh tahan jugak , yer lah kos bahan mentah mahal kan . Nie pun YY ada misi nak buat lagi . Bahan semua dah ada, masa jer belum ada . Muhahhahaha.




P/S : Selamat mencuba korang .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah