Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Sinopsis & Trailer Filem Rock Oo | Rimba Bara



Assalammualaikum,




Bagi mereka yang tidak berpeluang menyaksikan filem Rock pada tahun 2005, korang pasti tidak familiar dengan Rimba Bara. Rimba Bara merupakan nama kumpulan rockers kampung yang cukup terkenal pada tahun 80-an dan hanya muncul dalam filem Rock, sebuah filem yang cukup mendapat sambutan tujuh tahun lalu. Kali ini, pengarah Mamat Khalid sekali lagi menemukan korang dengan Rimba Bara dalam Rock Oo.

Filem Rock Oo merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air. Berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) iaitu “Pantang anak petani moden mengundur kalah,” rockers kampung ini sanggup berjuang bermati – matian demi mempertahankan minat dan cita – cita mereka.

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung.  Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair.  Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Oo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal?

Filem terbitan Grand Brilliance ini dibintangi oleh Que Haidar (Amy Mat Piah), Khir Rahman (Jijo), Sofi Jikkan (Zul Kapan), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) dan Norazmi Bahron (Mi Black) dan Rimba Bara bakal menemui anda pada 28 Februari 2013 di pawagam seluruh Malaysia.










Sinopsis :

Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) : “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung.  Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair.  Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal?  “ROCK Ooo…”  turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.



TRAILER :





LIKE FACEBOOK ROCK Oo ... < SINI >


P/S : lama tak tgk Que Haidar di layar :)










5 comments:

  1. hahah wajib tgok nihhh! kalo lepas tgok x kelakar memey nak bakor2 mamat khalid ;p

    ReplyDelete
  2. cam best jer ni boleh layan
    yg dulu sop ada tgk.. hehehe

    ReplyDelete
  3. que haidar, dh lama menyepi.. waaaa

    ReplyDelete
  4. I syg kan norazmi bahron pasal dia kwn aku dulu masa sekolah lepas tu kita pisah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah