Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Bihun Goreng Pertama Kali :)


Assalammualaikum,


Eheem, kejap jer kan dah Khamis. Masa berlalu dengan pantas . Kemain cepat saat - saat yang kita lalui berlalu. So, jangan nak toleh belakang yerr. Hidup perlu di teruskan walaupun apa rintangan berlaku. Eh, apa lah YY membebel kan pepagi nie. 

Sebenarnya setiap kali nak buat entri, YY ada masalah nak mula kan ayat . Tue yang jadi tergendala lama kalau nak buat sesuatu post . Padahal kekadang tue nak citer pendek jer pun. 

YY nak citer ngan korang, sebenarnya sepanjang hidup YY tak pernah buat bihun goreng. Nampak tak , betapa YY nie tak pandai masak sebenarnya. X yakin , takut kang bihun keras ke? kot x sebati ke bihun dengan rencah. 


So semalam, En. Suami dah siap pesan. "Syg, hari nie tak yah masak eh, B xnak makan nasi " . Untuk pengetahuan korang , sejak kawin memang YY balik keje kena memasak, nasi ngan lauk . Sebab En. Suami nie pemakan, dan nak nasi. Kalau kengkawan tanya camne lepas kawin, jawapan YY adalah : sama jer, beza balik keje kena masak. Sebab dulu masa bujang x kisah pun makan ke tidak.


Jadi, bila En. Suami xnak makan nasi, so YY terfikir lah nak buat Bihun goreng . Kebetulan memang ada pun bihun kat rumah, dapat Free sebab beli beras. Resepi ? YY belasah jer. Selepas kelantang , kelentung kat dapur berjaya lah kiranya bihun goreng terhasil . Kosong jer, xde sayur pun. Cuma letak fishcake. 


Dan hasilnya, En. Suami makan dua kali tambah. Alhamdulillah, syukur. Berjaya jugak buat bihun goreng. Alaaah, mesti korang fikir bihun goreng jer pun . Tue pun nak citer. Tapi bagi YY satu kebanggaan . Muhahahhaha, hari nie siap bawak bekal lagi untuk YY dan En. Suami . 



Korang makan apa breakfast hari nie ??




P/S : Jimat breakfast bawak bekal today . 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah