Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem SNIPER | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,


Filem SNIPER ? Apa yang buat YY teruja nak tengok Filem SNIPER arahan Pierre Andre adalah sebab banyak babak buat kat Flat Pekeliling . Kawasan Perumahan YY membesar dedulu sebelum kami diarahkan pindah supaya pembangunan baru boleh di lakukan. Sedih wooo bila kena pindah dari rumah yang kita lahir dah duk situ.






Sinopsis Filem Sniper :


Filem Sniper menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Fadhlan Hazim, Pablo Amirul, Mikail Andre dan Nina Iskandar serta turut menjayakan filem ini ialah Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati. Filem arahan Pierre Andre mengisahkan Ahmad lakonan Mikail Andre, Rafi lakonan Fadlan Hazim dan Jim lakonan Pablo Amirul yang terperangkap dalam suatu permainan pembunuhan.


 
Filem Sniper MIG 107

Para Pelakon Filem Sniper 

 
Filem Sniper MIG 124



 
Dengan dibekalkan Sniper dan beberapa butir peluru, mereka terpaksa membunuh antara satu sama lain untuk menyelamatkan diri masing-masing. Tapi siapakah dalang disebalik permainan pembunuhan ini? adakah mereka semua terselamat?



 
Filem Sniper MIG 139

Pablo Amirul



 
Filem Sniper MIG 120

Mikael Andre



 
Filem Sniper MIG 132

Fadhlan Hazim



 
 
TRAILER Filem SNIPER :
 

 
 
REVIEW :

Memula citer jer YY dah membebel dah , apa punya gilerr citer nie. Sesuka nak bunuh orang . Memang orang yang buat permainan bunuh nie giler dan ada sakit mental kot. Bayangkan, kita kena bunuh orang kalau nak selamatkan nyawa sendiri atau orang tersayang . Fuhhh !!! seram jugak hidup camgitue, x senang duduk jadi nya kan.

 
Tapi bab pelakon tue , YY rasa watak Fadhlan Hazim lebih sesuai di bawa oleh Pablo Amirul . Walaupun pelakon baru , Pablo Amirul lebih nampak real ganas dalam misi ‘permainan bunuh’ dan mengawal Sniper .  Sayang bila kemunculan Pablo Amirul kejap bebenor . Skrip plak ada ketika macam x kena pada situasi , babak kemain cemas tapi dialog yang keluar boleh buat orang dalam panggung gelak besar .

 
Filem Sniper sesuai buat korang yang suka dengan Filem Aksi , tembak menembak . Peluru berterbangan sana – sini . Buat hati berdebar – debar gak lah . Kita duk fikir sapa lah yang salah , sape lah yang jahat nie.  Ada ke suka – suka nak bunuh orang . Nak tau sape yang jahat tue, korang kena lah ke panggung bermula 24.04.2014 nie.

 
 
Bintang : 3.5 / 5 Bintang .
 
 
 
P/S : Nyawa Atau Nyawa
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah