Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Best ke Blogging ?



Assalammualaikum,


Kisahnya bila ada beberapa rakan yang bertanya.



"Best tengok Yana pi sana sini",

"Seronok tak Blogging Yana" ,

"Banyak ke income dengan Blogging nie Yana" ,

" YY , asik pi event sana sini, makan sana sini, YY Fulltime Blogger ke" ,

"Yana keje PR ke boleh jumpa artis selalu",







Banyak lagi soklan yang menerjah YY . Hurmm, YY bersyukur dengan minat membebel dan meroyan di blog nie sejak 2007 akhirnya menjadi kan salah satu sumber rezeki sampingan YY. Semua nya tak di jangka. 


Bermula dengan suka - suka pi preview Filem, dah terlekat pulak dah macam sign kontrak gituee dengan beberapa production Filem untuk review setiap Filem baru diorang. Itu yang kekadang seminggu sampai 3 4 kali pi tengok wayang. Tambahan plak Filem Melayu Malaysia skg dah banyak keluar, memang tak brenti lah tengok Filem kan. Bermula dari sini lah, bila berkenalan dengan kengkawan blogger, dari situ network bermula.





YY ingat lagi, dari prebiu Filem lah, YY mula bertegur sape dengan Blogger Pen Merah dan Bro Framestone. Sebelum tue selalu koemn kat Blog jer, then jumpa kat Prebiu Filem terus jadi kawan . So, Blogging bukan setakat jumpa di dunia maya, tapi boleh jugak jadi kawan karib di alam realiti. Bila dah kekenal dan berkawan mula lah kita berkongsi event, x kisah lah dari yang berbayar atau free.  



Samsung S4205

YY dan Penmerah 



2 blogger yang terawal YY kenal , nie masa majlis berbuka posa tahun lepas bersama MIG.




Kemudian bermula lah YY menjana income dari blogging. YY bersyukur dengan apa yang YY kecapi sekarang. YY cuma Blogger picisan yang belajar dari bawah. Pen Merah ( Anne ) lah yang banyak membantu YY mengajar tentang Blog. Sebab kalau korang tengok entri YY zaman muda - muda dulu memang kelakor jugak. Banyak titik titik gituee. Dari Anne , YY belajar tentang trafik, belajar tentang dunia blogging yang boleh membantu kita menjana pendapatan.


Blogger di Majlis Kawin Bro Framestone



Tetiba lah kan YY nak membebel pepetang nie, Sebab hari nie YY terima 3 job berbayar lagi untuk Blog. Walaupun YY tak terikat dengan mana - mana company , tapi rezeki tue sentiasa ada.  Alhamdulillah, rezeki. Tambahan plak June nie dah jadi bulan makan sedunia sebab setiap minggu ada Food Review Ramadan kat hotel - hotel. Memang terasa macam nak puasa dah. Gemoksss lah YY . Makan , makan, makan, makan.




Dengan Blog jugak boleh travel merata. Kenal lagi ramai kawan bukan setakat blogger tapi media utama.  Semua ini berlaku tanpa di rancang. Perancangan Allah tue hebat, Allah turunkan hujan sebab dia nak kasi kita pelangi yang indah. 




P/S : Hari nie ada sessi ramah mesra ngan Liyana Jasmay dan Awal Ashaari then berkejar plak ke Food Review Ramadan Hotel Impiana. Makan lagieee.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah