Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pampers PetPet dengan Ciri Baru


Assalammualaikum,



Sejak jadi mak mak nie , bab pampers memang jadi keutamaan. So , mencubalah perlbagai jenis pampers mengikut kesesuaian anak dara Nur Qaireen Iman . Sampai boleh tahu lah , yang brand nie lebar , yang brand nie kecik , yang brand nie panjang walaupun saiz yang sama . Pilih lah mengikut kesesuaian .








Petpet pun menarik gak , jenama lampin terkenal dengan ciri-ciri lengkap dan premiumnya seperti Easy Tape dan Magic Gel . PetPet, direka dengan falsafah "Bayi yang gembira menjadikan ibu gembira", dan berdasarkan konsep Happy Comfort ini, berusaha untuk mereka lampin terbaik yang dapat memberikan bayi keselesaan maksimum, dan akan memberi pengalaman yang indah untuk ibu. Lampin PetPet berpita selain kulit mesra turut mempunyai pelbagai ciri lain yang telah direka dengan teliti untuk keselesaan bayi dan kemudahan ibu.




Pampers Pet Pet

Anak Dara dengan pampers PetPet



Kenaikan taraf produk yang penting termasuk Fast DRI-Comfort - dengan sistem Quick Lock yang mengunci cecair serta-merta untuk mengelakkan kebocoran. Ciri-ciri baru ini juga menggalakkan permukaan kering pada kulit untuk mencegah kerengsaan dan ketidakselesaan kulit. Satu lagi ciri yang telah dipertingkatkan ialah pita sisi yang lebih lembut turut memberikan keselesaan yang lebih baik dan mencegah kerengsaan kulit apabila bayi bergerak secara aktif. Lampin PETPET® yang diperbaharui ini juga terbukti mempunyai penyerapan cepat di kalangan jenama lampin terkemuka di Malaysia.




Ciri-ciri penaikan taraf lain adalah:



clip_image002

· Lapik Lampin Ekstra Lembut

Ciri ini ditambah terutamanya untuk kulit bayi baru lahir yang halus serta untuk sentuhan lembut tambahan dan keselesaan. Penjagaan bahagian pusat untuk bayi yang baru lahir turut dimasukkan untuk melindungi pusat bayi baru lahir yang sensitif dan masih dalam proses pemulihan.





clip_image004

· Ciri Pemakaian Kemas


Bayi akan merasa sangat selesa dengan kontur lampin yang muat kemas pada bahagian pinggang dan ia juga mengelak kebocoran tanpa menyekat pergerakan bayi.





clip_image006

· Rekaan Lampin Kontemporari 3-Warna






Pelancaran semula lampin berpita PETPET® juga menampilkan pembungkusan segar moden dengan petunjuk saiz yang lebih jelas. Ciri-ciri utama lampin turut dipaparkan pada pek. Selain itu, pilihan saiz mudah dikenal pasti melalui gambar bayi comel yang berbeza pada pek.




P/S : Jangan fikirkan harga , tapi fikirkan keselesaan anak .





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah