Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Diari Seorang Ibu : Baby kena kuning



Assalammualikum,


Selepas citer pengalaman bersalin Nur Qaireen Iman , now nak sambung plak citer lepas sessi bersalin. Mula lah hidup sebagai ibu yang risau kan anak bila x sihat . Seperti kebanyakan baby yang lahir , Baby Nur Qaireen Iman kena kuning . Hari ke 3 kami kat ward , Qaireen kena transfer ke ward kanak – kanak untuk di letakkan bawah lampu untuk turun kan bacaan kuning .


Tak leh nak bayangkan perasaan risau YY masa tue, kita masih kat ward bersalin sedangkan anak kat NICU . So, petang tue jugak doc bagi YY checkout dan transfer ke ward NICU . Kat ward nie, cuma ibu dan ayah baby jer boleh masuk . Pelawat lain tidak di benarkan . Nasib baik Hospital memang menyediakan katil untuk ibu menunggu baby yang dirawat .



Petua baby Kuning



Salah satu cara nak turun kan kuning , adalah bagi susu kerap dan biarkan baby kencing dan berak kerap . Yang menjadi masalah bagi YY , bila Qaireen tak nak hisap direct susu badan . dari lahir memang Qaireen xnak direct feed. Jadi YY terpaksa pump dan bagi menggunakan cup kecil . Doc suh paksa gak direct , tapi apa kan daya memang Qaireen xnak . YY Paksa dia bantai melalak sampai hilang suara . Kesian bila tengok Qaireen minum lepas di letak kan bawah lampu yang panas tue. Kemain lagi haus. Bagi cup , lajuuu bebenor dia minum .



rawatan baby kuning

baby duk bawah lampu, ibu tgk tv jap .


Ada lah petua yang YY cuba , seperti bagi titisan air anggur hitam . Alhamdulillah, turun lah sikit bacaan kuning Qaireen . Tapi 5 hari jugak YY dan Qaireen menginap kat NICU . Bila dapat keluar , mula lah misi mencuba pelbagai petua sebab masa keluar tue bacaan kuning masih belum normal tapi dah mula turun . YY bagi serbuk mutiara beli di kedai ubat cina . Mandikan dengan air inai , air pucuk betik , dan ada jugak mandi kan dengan air mandian kuning beli kat kedai cina . Masalah Qaireen , kuning lambat turun sebab dia tak menyusu badan , jadi susu kurang . Kuning paling cepat turun masa YY bagi serbuk mutiara yang beli kat kedai sensei .


cara ambil air kencing baby

anak abah katanyaaa



belanjawan 2015 2016

menonton belanjawan 2015 kat ward jer.


Satu benda yang memula buat YY compius , bila di Hospital bacaan kuning menggunakan ratus ratus tapi di KK menggunakan bacaan belas belas jer . So, nurse KK bagi tau YY . Kalau nak dapat bacaan belas - belas tue . Yang ratus di bahagi dengan 17 . Jadi, bacaan yang bagus mesti lah bawah 5 dalam masa 14 hari usia baby . Kalau stil tak turun , baby kena di refer kepada pakar pediatrik . Hari ke 14 , bacaan kuning Qaireen masih belum capai 5 , jadi di refer kepada pakar pediatrik . 



rawatan kuning di hospital

yeahh, boleh keluar hospital .




nur Qaireen Iman

Ini kembar Qaireen , sesama lahir 7.10.14 . Nama dia Aqeela .

Tapi dia lagi tembam dari Qaireen . Sama – sama duduk kat NICU .

Sama – sama keluar ward jugak .




Lepas keluar hospital , kena pulak selang 2 hari amik darah di KK untuk pastikan bacaan kuning Qaireen turun . Fuhhh , amik darah kat KK , YY mampu bertabah lagi sebab cucuk kat tumit kaki, darah pun amik sikit jer . Qaireen x nangis pun . Tapi bila sampai tahap kena amik kat hospital . Baby nangis, YY pun nak nangis sama . Kat Hospital doc akan amik kat urat tangan . Bayang kan tangan baby yang comel tue, di cucuk mencari urat . Dan di biarkan darah turun sendiri masuk dalam bekas . Bukan macam amik darah kita yang dah tua nie, senang cari urat dan sedut jer . Darah baby tak leh sedut , jadi kena tunggu menitik sendiri. Selagi tak settle , selagi tue lah Qaireen meraung , sakit lah kot . Kena cucuk kan. Sampai hilang suara . YY hanya mampu tepuk bagi baby tenang, walaupun dalam hati nak nangis sama  .



Then , satu lagi . Baru YY tahu camne cara nak amik air kencing baby . Semua nyer berpunca dari bacaan darah Qaireen yang tak berapa cantik dari segi darah putih terlalu tinggi . Doc kata maybe ada jangkitan sebab tue tinggi . Jadi Doc amik air kencing untuk kepastian . YY memula blur gak , camne kita nak tadah air kencing baby kan . Rupanya sekepng plastik di lekatkan di kemaluan baby . So, kita tunggu lah sampai baby kencing . Yang menjadi masalah bagi YY , bila Qaireen seorang perempuan dan plastik tak lekat betul air kencing terabur keluar x masuk plastik . Berejam tunggu , xde hasil . Bak kata doc, kalau baby lelaki senang sebab ‘burung’ boleh terus masuk dalam plastik. Baby girl memang payah sikit . 3 Kali tukar plastik tadah air kencing , baru berhasil dapat .




Car seat baby murah

Pentingnya carseat bila nak keluar berdua jer ngan Qaireen



Alhamdulillah, bila result keluar semuanya dah takde masalah . Qaireen tak perlu lagi di rujuk pakar Pediatrik . Gigih setiap kali appoinment YY drive dari kajang sebab berpantang di kajang ke Hospital Tunku Mizan Wangsa Maju berdua untuk jumpa doctor . Qaireen memang anak yang baik, sebab behave jer kalau keluar berdua dengan dia .



Baju baby murah



Doa ibu moga awak membesar dengan sihat dan bijak . Ibu akan cuba buat yang terbaik untuk awak Qaireen . Ibu ngan Abah sayang awak Nur Qaireen Iman .



P/S : Bahagianya dah jadi ibu






7 comments:

  1. tahniah YY... waaa kembar dia Aqeela eh... nama mcm anak ain plak

    ReplyDelete
  2. alahai kesiannya qaireen...takpe qaireen kuat..

    ReplyDelete
  3. kerlasssnya spek iman! pepel karer lagii..
    bagi aunty pinjam spek tu, buleh tak iman??? kekekeke..
    syukur semua nya dah ok kan..

    ReplyDelete
  4. yy drive sendiri time pantang?? perhh.. superbbb.. tapi betul kann.. memg x sampai hati bila tengok anak kena cucuk sana..cucuk sini.. masa irine kena ambik darah kat kk check kuning, memg x ikut.. sebb mak x kasi keluar rumah..konon sungguh2 pantang.. tapi tak tahan tengok anak kena sunat masa die 40 hari.. menangis berjeejes air mata kite.. hahaha.. malu jerkk

    ReplyDelete
  5. Allah...comeynye.... nasib ank kite xde kuning..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Kalau ada kuning perlu beri susu badan dengan kerap. Bayi akan kurang menangis kalau susu badan mencukupi. Kesian kepada ibu yang tidak mempunyai susu badan yang banyak terpaksa beri susu formula. Rawatan phototherapy adalah paling berkesan untuk menurunkan bacaan jaundice.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya, semoga lekas besar dan jadi anak yang solehah.aamiin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah