Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

MyNasi @MidValley


Assalammualaikum,


Orang Malaysia memang tak leh lari dari Nasi kan . Tambahan plak Nasi lemak . Memang menu yang menjadi kegemaran semua . Yer daaak . Tak kira sarapan ke , makan tengahari ke , malam pun orang boleh makan nasi lemak .


Haaaa, nie nak citer kat korang satu lagi restoran yang ada Nasi Lemak sedap . Terletak di Mid Valley , Restoran yang di beri nama MyNasi ada Nasi Lemak yang sedap dan beberapa menu yang boleh menjadi pilihan korang untuk menjamu selera .
Citer banyak tak guna , meh korang layan cuci mata melihat apa menu yang ada di Restoran My Nasi .


MyNasi - Nasi Lemak Sedap

Nasi Lemak + Ayam Goreng – RM 10.90




MyNasi - Mee Rebus Sedap

Mee Rebus – RM 8.00



MyNasi - Mee Siam Sedap

Mee Siam – RM 8.00



MyNasi - Laksa Sedap

My Laksa – RM8.90



Ini antara menu utama yang terdapat di My Nasi . Yang menjadi pilihan utama YY adalah Nasi Lemak dan My Laksa . Nasi Lemak dengan ayam goreng yang di goreng rangup, then besar plak tue . Puasa hati makan . My Laksa plak , rasa laksa yang agak berlainan . Dalam Laksa ada kerang , tahu kering , telor , dan sambal . Sekali imbas nampak cam Mee Kari, tapi Laksa sebenarnya . Rasa lemak kuah memang sedap lah . Korang kena try kalau ke My Nasi .



Nasi Lemak plak ada banyak pilihan yang korang boleh letak . Bukan setakat Ayam goreng . Ada jugak pilihan seperti Chicken Wing , Otak – Otak Muar , Chicken Luncheon Meat , Breaded Fish  , Chicken Sausage atau Fried Kuning Fish .



MyNasi Mid Valley

Pelbagai pilihan yang boleh di makan dengan Nasi Lemak





MyNasi - Chicken Wing Sedap

Chicken Wing




Harga semua menu agak berpatutan . Rasa pun sedap . Kalau korang jengjalan kat Mid Valley boleh arr singgah ke My Nasi . Selain tue ada gak otak – otak dan Tauhu Telur yang memang sedap dan menjadi pilihan YY . Otak – Otak rasa sedikit pedas , x macam seperti otak – otak yang biasa YY makan sedikit manis. Tauhu Telur jugak adalah menu yang wajib korang rasa bila ke My Nasi . Tauhu Jepun yang di salut dengan telur dadar . Disediakan dengan hirisan timun dan carrot .  Yummeeeeeh, rasa tak puas kalau makan satu je .




MyNsi - Tauhu Telur

Tauhu Telur – RM 7.90




MyNasi - Otak-otak Muar

Muar Otak - Otak – RM 6.90 ( 6psc )




My Nasi , adalah satu restoran yang sesuai dikunjungi kalau korang nak cari menu Makanan Malaysia dengan pelbagai rasa . Mee Rebus yang manis , Mee Siam yang Masam , My Laksa yang lemak dan Nasi Lemak dengan ayam yang rangup .



MyNasi Mid Valley



MyNasi

Diantara Blogger yang sesama lepak di My Nasi




my Nasi

Terima Kasih My Nasi dari YY sekeluarga .





My Nasi, Mid Valley Megamall 

Lot LG074A, Lower Ground Floor 

T: +603 2202 3099



Operation hours – 8am – 10pm



Delivery Disediakan untuk sekitar MidValley sahaja .


P/S : Food review pertama yang YY pergi selepas berpantang. Siap angkut Qaireen sekali .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah