Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Diari Seorang Ibu : Baby kena kuning



Assalammualikum,


Selepas citer pengalaman bersalin Nur Qaireen Iman , now nak sambung plak citer lepas sessi bersalin. Mula lah hidup sebagai ibu yang risau kan anak bila x sihat . Seperti kebanyakan baby yang lahir , Baby Nur Qaireen Iman kena kuning . Hari ke 3 kami kat ward , Qaireen kena transfer ke ward kanak – kanak untuk di letakkan bawah lampu untuk turun kan bacaan kuning .


Tak leh nak bayangkan perasaan risau YY masa tue, kita masih kat ward bersalin sedangkan anak kat NICU . So, petang tue jugak doc bagi YY checkout dan transfer ke ward NICU . Kat ward nie, cuma ibu dan ayah baby jer boleh masuk . Pelawat lain tidak di benarkan . Nasib baik Hospital memang menyediakan katil untuk ibu menunggu baby yang dirawat .



Petua baby Kuning



Salah satu cara nak turun kan kuning , adalah bagi susu kerap dan biarkan baby kencing dan berak kerap . Yang menjadi masalah bagi YY , bila Qaireen tak nak hisap direct susu badan . dari lahir memang Qaireen xnak direct feed. Jadi YY terpaksa pump dan bagi menggunakan cup kecil . Doc suh paksa gak direct , tapi apa kan daya memang Qaireen xnak . YY Paksa dia bantai melalak sampai hilang suara . Kesian bila tengok Qaireen minum lepas di letak kan bawah lampu yang panas tue. Kemain lagi haus. Bagi cup , lajuuu bebenor dia minum .



rawatan baby kuning

baby duk bawah lampu, ibu tgk tv jap .


Ada lah petua yang YY cuba , seperti bagi titisan air anggur hitam . Alhamdulillah, turun lah sikit bacaan kuning Qaireen . Tapi 5 hari jugak YY dan Qaireen menginap kat NICU . Bila dapat keluar , mula lah misi mencuba pelbagai petua sebab masa keluar tue bacaan kuning masih belum normal tapi dah mula turun . YY bagi serbuk mutiara beli di kedai ubat cina . Mandikan dengan air inai , air pucuk betik , dan ada jugak mandi kan dengan air mandian kuning beli kat kedai cina . Masalah Qaireen , kuning lambat turun sebab dia tak menyusu badan , jadi susu kurang . Kuning paling cepat turun masa YY bagi serbuk mutiara yang beli kat kedai sensei .


cara ambil air kencing baby

anak abah katanyaaa



belanjawan 2015 2016

menonton belanjawan 2015 kat ward jer.


Satu benda yang memula buat YY compius , bila di Hospital bacaan kuning menggunakan ratus ratus tapi di KK menggunakan bacaan belas belas jer . So, nurse KK bagi tau YY . Kalau nak dapat bacaan belas - belas tue . Yang ratus di bahagi dengan 17 . Jadi, bacaan yang bagus mesti lah bawah 5 dalam masa 14 hari usia baby . Kalau stil tak turun , baby kena di refer kepada pakar pediatrik . Hari ke 14 , bacaan kuning Qaireen masih belum capai 5 , jadi di refer kepada pakar pediatrik . 



rawatan kuning di hospital

yeahh, boleh keluar hospital .




nur Qaireen Iman

Ini kembar Qaireen , sesama lahir 7.10.14 . Nama dia Aqeela .

Tapi dia lagi tembam dari Qaireen . Sama – sama duduk kat NICU .

Sama – sama keluar ward jugak .




Lepas keluar hospital , kena pulak selang 2 hari amik darah di KK untuk pastikan bacaan kuning Qaireen turun . Fuhhh , amik darah kat KK , YY mampu bertabah lagi sebab cucuk kat tumit kaki, darah pun amik sikit jer . Qaireen x nangis pun . Tapi bila sampai tahap kena amik kat hospital . Baby nangis, YY pun nak nangis sama . Kat Hospital doc akan amik kat urat tangan . Bayang kan tangan baby yang comel tue, di cucuk mencari urat . Dan di biarkan darah turun sendiri masuk dalam bekas . Bukan macam amik darah kita yang dah tua nie, senang cari urat dan sedut jer . Darah baby tak leh sedut , jadi kena tunggu menitik sendiri. Selagi tak settle , selagi tue lah Qaireen meraung , sakit lah kot . Kena cucuk kan. Sampai hilang suara . YY hanya mampu tepuk bagi baby tenang, walaupun dalam hati nak nangis sama  .



Then , satu lagi . Baru YY tahu camne cara nak amik air kencing baby . Semua nyer berpunca dari bacaan darah Qaireen yang tak berapa cantik dari segi darah putih terlalu tinggi . Doc kata maybe ada jangkitan sebab tue tinggi . Jadi Doc amik air kencing untuk kepastian . YY memula blur gak , camne kita nak tadah air kencing baby kan . Rupanya sekepng plastik di lekatkan di kemaluan baby . So, kita tunggu lah sampai baby kencing . Yang menjadi masalah bagi YY , bila Qaireen seorang perempuan dan plastik tak lekat betul air kencing terabur keluar x masuk plastik . Berejam tunggu , xde hasil . Bak kata doc, kalau baby lelaki senang sebab ‘burung’ boleh terus masuk dalam plastik. Baby girl memang payah sikit . 3 Kali tukar plastik tadah air kencing , baru berhasil dapat .




Car seat baby murah

Pentingnya carseat bila nak keluar berdua jer ngan Qaireen



Alhamdulillah, bila result keluar semuanya dah takde masalah . Qaireen tak perlu lagi di rujuk pakar Pediatrik . Gigih setiap kali appoinment YY drive dari kajang sebab berpantang di kajang ke Hospital Tunku Mizan Wangsa Maju berdua untuk jumpa doctor . Qaireen memang anak yang baik, sebab behave jer kalau keluar berdua dengan dia .



Baju baby murah



Doa ibu moga awak membesar dengan sihat dan bijak . Ibu akan cuba buat yang terbaik untuk awak Qaireen . Ibu ngan Abah sayang awak Nur Qaireen Iman .



P/S : Bahagianya dah jadi ibu






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah