Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Seronok dapat shopping FREE tajaan Nestle


Assalammualaikum,


Sape suka shopping ?? Sape suka kalau dapat shopping FREE . Giler tak suka kan . So, kalau korang perasan lah , kan ENTRI nie kan YY dapat Shopping Free . Alhamdulillah, rezeki anak . So, masa untuk bershopping telah pun tiba . Yeaaaah, suka , suka , suka , suka sangaaaaaaat .



Nestle Bliss Shopping Free



Pepagi lagi, pukul 6.30pg YY dan En. Suami dah terpacak kat pintu masuk staff Aeon Big Wangsa Maju . Ingatkan YY dah cukup awal, sekali tengok dah ramai pemenang yang beratur untuk pendaftaran . Selepas pendaftaran , semua pemenang di beri taklimat tentang syarat bershopping . Ada barang wajib yang perlu diambil , dan dah tentu lah produk Nestle kan . Dah nama pun sponsor .



Nestle Bliss Shopping Free

Beratur untuk pendaftaran.





Nestle Bliss Shopping Free

Terima Kasih En. Suami sudi teman kan YY . Gigih pepagi dah bangun .



Sebelum aktiviti bershopping bermula , semua pemenang di bawa ke dalam pasaraya untuk melihat sendiri keadaan dan barangan yang ada . Ada sesetengah barang memang tak dibenarkan seperti yang dalam kaca berkunci , sape pulak nak tolong bukak kan kunci kan . Barang – barang yang perlu di timbang . Sape pulak pepagi nak tolong timbang . Yang lain , selagi muat troly , pepandai lah korang nak usaha selama 8 minit .



Nestle Bliss Shopping Free

Sessi Taklimat dan Syarat Shopping .



Nestle Bliss Shopping Free

Dapat No 13, Group ke 2 Shopping .



Masa tengah sibuk nak amik undian , untuk menentukan kita akan bershopping group ke berapa , setiap group akan ada 8 orang . Datang lah orang Nestle kat YY . Diorang risau tengok perut YY yang agak besar . Maklum lah , dah masuk 9 bulan mengandung . Kang di buat hilang ingatan YY berlari, terbersalin lah pulak . Tapi apa kan daya , takde orang yang boleh ganti , kan En. Suami baru operate lutut, lagi lah tak leh nak berlari . Jadi , orang Nestle pesan YY jangan lari sebab diorang tak nak jadi apa2.



Nestle Bliss Shopping Free

Syarat – Syarat .



YY dapat group no 2. Semua sekali ada 5 group . Bila westle bunyi jer, semua duk tolak troli menghala ke bahagian Nestle . Sebab barang wajib yang ada dalam troly ada lah Nestle Bliss ,  Nestle Yogurt dan Nestle Greek . Setiap barang yang diambil dibenarkan sebanyak 5 . Contoh korang amik Milo setiap kg korang boleh amik 5 paket . Milo –2kg 5 paket , Milo 1kg-5 paket. camtue lah . Setiap orang pulak akan ada sorang mashal yang akan ikut , dan kalau korang amik lebih dari 5 . Mashal akan keluarkan yang selebihnya .



Masa mula jer, orang lain berlari , YY nie tolak lah troly sopan santun ke bahagian Nestle. Sampai jer , orang Nestle siap letak kan dalam troly YY . Then datang lagi 2 orang Nestle , siap cakap kami akan bantu sebab ini special kes . Diorang pulak yang tolong amik kan barang letak dalam troly YY . Yang mashal plak tolong tolak troly . Fuhhh !!! giler best . Ada 3 pembantu untuk shopping FREE .



YY pulak hanya bawak badan dan grab jer apa barang yang nak . Bila dah penuh 1 troly , mashal yang tolong lari dan amik kan troly ke 2 . Orang Nestle plak yang beria samapai YY tak perasan pun apa yang masuk dalam troly . Yang YY ingat memang nak amik pampers dan barang baby yang lain . Masa pi kan bahagian susu baby , memang YY tak tahu nak amik brand apa , last2 orang Nestle yang tolong amik dan letak dalam troly . Siap cakap, kalau xnak guna nanti awak boleh jual .



Last sekali , sebelum masa 8 minit habis , YY kat bahagian baju baby . Memang main amik jer baju yang ada . Giler memang giler . Tak pernah YY shoping tak tengok harga tau . Memang heaven gilerr. Tang baju baby tue , punya lah nak cepat . Dengan YY sendiri tak tahu dapat baby apa , dah setiap kali scan menyorok jer kejenya . Main amik jer lah , tapi memang banyak grab baby gurl punya baju . Siap ada baju yang sama amik sampai 3 helai .



Nestle Bliss Shopping Free

Ini lah 2 Troly yang YY Shopping Smile



Bila westle bunyi jer , orang Nestle yang bantu YY yang seronok . Mana tak nya , memang penuh giler troly YY . Sampai kat cashier, En. Suami yang tengah tggu kat luar pun terkejut tengok troly YY . Siap orang Nestle tunjuk good kat En. Suami . Memang rezeki anak .



Nestle Bliss Shopping Free

Masa untuk pihak Nestle bayar apa yang YY Shopping




Nestle Bliss Shopping Free

Happy !!!!



Setiap pemenang layak shopping sebanyak RM 5000 . Tapi memula YY ingatkan barang YY tak sampai lah beribu kan . Last2 bila dikira semua barang YY berjumlah RM 3524.15 . Fuhhhh !! banyak jugak kan . Walaupun YY tengok ramai jer yang capai RM 5000 . Dahsyat betul diorang bershopping . Ada uncle yang tua2 tau . Tapi hebat betul shopping boleh capai RM 5000.


Nestle Bliss Shopping Free

Total barangan YY .



Nestle Bliss Shopping Free

Nampak tak pampers yang menimbun tuee.



Balik rumah , bila YY tengok balik barang yang di shopping . Semuanya banyak barang baby dan barang untuk En.Suami . Barang YY cuma susu jer. Aduhhh !!! kalau dah niat rezeki anak , memang semua barang dia sesaje. Bayangkan , untuk baju baby sahaja RM 1000 lebih. Kemain banyak . Belum masuk pampers sampai 10 pek, lain – lain brand . Memang main amik jer .  Seronoknya lah hai kalau dapat shopping FREE camnie selalu . Muhahahhaha #verangan .



Nestle Bliss Shopping Free baju baby

Baju baby , Banyak weeei . Boleh buat bisness nie .



Lepas nie , nak join contest lagi lah . Mana tau rezeki dapat shopping lagi . Tapi kan, bila dah settle pun YY banyak plak rasa cam benda yang tak amik . Hahhahaha, tamak haloba sungguh . Maklum lah, nak cepat kan, mana nak ingat barang apa nak amik . Main tarik jer masuk troly barang yang rasa macam boleh guna .



P/S : Tik Tok Tik Tok , dah masa nak tengok baby Face To Face .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah