Bagi korang yang baru first time nak pergi bercuti ke Port Dickson
tu meh sini baca apa yang YY nak share. Haaa, sedikit sebanyak korang boleh
juga tahu tempat apa yang menarik dan best dekat area Port Dickson.
Ikutkan Port Dickson ni dah lama menjadi tempat tumpuan
pelancongan, tak kira lah dari dalam negara ataupun luar negara kerana ia
mempunyai segala kemudahan prasarana yang lengkap dan baik. Di sini juga,
terdapat ada banyak pilihan hotel Port Dickson yang menarik dan unik untuk korang bermalam seperti Grand Lexis,
Ancasa Residences, Bayu Beach Resort, Lexis Hibiscus, Glory Beach Resort , Corus
Paradise Resorts dan banyak lagi lah.
Sememangnya, terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikongsikan
tapi takkan laa korang larat nak pergi semua tempat kan. Jadi, YY nak share 4
tempat menarik yang ada di Port Dickson.
1.
Pantai Tanjung Tuan
Salah satu tempat menarik yang terpelihara indah dengan kehijauan
hutan dan kejernihan air lautnya ialah Pantai Tanjung Tuan. Air lautnya sangat
jernih dilengkapi oleh hamparan pasir putih yang halus dan lembut, berbeza
dengan destinasi tempat menarik yang lain kerana masih terlindung dari
binaan-binaan bangunan hotel dan rumah-rumah pelancongan.
sumber google
Tak jauh dari pantai ni korang boleh kunjungi ke Rumah Api Tanjung Tuan yangberdekatan dengan Blue Lagoon Port Dickson. Rumah api ni juga dikenali dengan nama Cape
Rachado dan merupakan antara rumah api tertua di Malaysia. Pastikan stamina
korang cukup tau untuk mendaki naik ke atas rumah api ni. Dah sampai atas nanti
bolehlah korang menikmati permandangan di atas. Dah penat-penat, lepas tu dapat
menikmati permandangan yang indah pula kan, memang puas!
2.
Pantai Cahaya Negeri
Di sekitar batu 5 dan batu 6 Port Dickson terdapat sebuah pantai
yang menarik iaitu Pantai Cahaya Negeri dan ramai juga yang kata pantai ni
merupakan pantai yang terbaik di sini selain dari Pantai Teluk Kemang. Haaa,
nak tahu terbaik ke tidak, korang wajib datang ke sini! Dah datang baru boleh
komen. Hihi.
sumber google
Disebabkan keindahan permandangan di sini, terdapat banyak hotel Port Dickson, resort dan homestay yang telah
didirikan di sepanjang perairan ni. Keindahan alam semula jadi yang
menawarkan ketenangan diimbangi oleh prasarana moden yang memberikan keselesaan
pasti membuatkan percutian korang sangat bermakna. Apa yang menariknya lagi,
korang juga boleh kunjungi ke Pulau Burung dengan melalui sebuah jambatan kayu
yang panjang dan boleh beriadah bersama keluarga sambil menikmati panorama
indah Hutan Paya Laut.
3.
Muzium Tentera Darat
Untuk pengetahuan korang Muzium Tentera Darat ni merupakan muzium
tentera yang terbesar di Malaysia yang mana ia juga standing dengan
muzium-muzium tentera dari luar negara dengan berdasarkan kelengkapan
infrastruktur dan bahan pengisian yang ada di dalamnya.
sumber google
Korang yang suka dengan sejarah tu pasti akan kagum dengan
bahan-bahan ilmu yang ada di sini. Bagi korang yang kurang minat dengan sejarah
pun boleh juga ke sini, mana tahu korang boleh dapat info dan tambah ilmu baru
di sini. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Haaa, nanti kalau korang
dah kenal nanti mesti boleh jatuh cinta kan? Hihi.
Dekat muzium ni pun terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan
seperti surau, kedai cendera mata, kafe, tandas awam dan sebangainya. Kalau
korang perlukan penerangan secara berkumpulan, Pembantu Penerangan turut
disediakan bagi mendapatkan maklumat secara tepat. Idea yang ideal juga kalau
korang nak bawa anak-anak datang ke sini untuk mempelajari ilmu sejarah dengan
lebih dekat.
4.
PD Ostrich Farm – dekat
dengan paradise lagoon apartment
Orang kata memang tak sah kalau bercuti bersama keluarga membawa
anak-anak tidak datang ke PD Ostrich Show Farm ni. Kalau korang stay dekat Paradise Lagoon Apartment,tidak jauhlah jaraknya untuk sampai ke sini, lebih kurang dalam 10km saja. Selain burung
unta, di sini juga terdapat haiwan lain seperti, keldai, unta, kambing, ayam
belanda, itik dan lain-lain lagi. Yang pastinya kalau korang bawa anak-anak
datang ke sini mesti mereka seronok dapat tengok haiwan-haiwan ini.
sumber google
Dekat sini mereka boleh tengok dengan dekat betapa besarnya burung
unta ni dan yang paling teruja sekali bila dapat tengok telurnya yang sangat
besar! Kalau goreng buat telur dadar ni, satu bas pun boleh makan. Haha. Selain
tu, terdapat juga aktiviti lain yang disediakan seperti korang boleh menunggang
burung unta, memanah, ATV rides outdoor dan macam-macam lagi.
Haaa, banyak kan tempat-tempat yang menarik. Tu belum termasuk
dengan aktiviti bersukannya lagi tu. Mesti ada pelbagai aktiviti di tepi pantai
yang boleh korang lakukan bersama keluarga dan rakan-rakan bila bercuti ke sana
nanti. Tak rugilah kalau ada di antara korang yang bercadang nak buat aktiviti
hari keluarga ataupun reunion bersama rakan-rakan di sana. Pasti akan
memberikan kenangan terindah buat korang.
Citer banyak pun tak guna, Korang patut terjah semua tempat yang
YY citer nie. Memang seronok tau . Tak yah sesuah nak bercuti ker obersea
bagai, dalam Malaysia pun banyak tempat menarik, terutamanya kat Port Dickson. Sat naaa, Nak share dengan korang gambaq masa YY bercuti di Corus Paradise Resort,PD .
View dari bilik , seronok Kak Long Qaireen.
Adik pun nak jugak,
Tak kan lepak bilik jer, kena lah pi mandi laut kan.
Seronok Kak Long dapat main pasir ngan mandi laut
Mandi Kolam Pulak,
Penat adik mandi, tido dulu lah . Hahahhaha./
Okay
lah, have fun korang! Selamat bercuti ya.
No comments:
Post a Comment