Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Rasa Utara Inspirasi dari Mantan Perdana Menteri Malaysia

Assalammualaikum,


Sape pernah pi makan kat Restoran Rasa Utara ? Apa menu yang korang rasa menarik dan sedap kat Rasa Utara . Haaaa, macam - macam kan menu sedap yang ada . Baru - baru nie YY berkesempatan ke Rasa Utara dan mencuba beberapa hidangan . Fuhhh !!! pedas terangkat uolssss . 


Rasa Utara menyediakan pelbagai hidangan untuk sarapan , makan tengahari dan makan malam , Tekak orang melayu , sesuai bebenor menyinggah dan melepak di Rasa Utara . Di inspirasi dari Tun Dr. Mahathir Mohamad , telah memulakan operasi sejak November 1984 . 


Sejak dua menjak nie , selera makan YY agak dahsyat . Pepaham jer lah kan . Dapat pulak makanan yang di idamkan , fuhhh memang terliuq habis . Kebetulan plak , now Rasa Utara tengah duk promosi kan menu Berbuka Puasa Ramadan nanti . Itu YY akan citer lebih detail . Mesti korang teruja nak berbuka dengan kengkawan di Rasa Utara . 




Rasa Utara Cawangan Times Square





Meh kita mulakan dengan antara hidangan utama yang terdapat di Rasa Utara . Korang boleh pilih nak set atau secara ala-carte .  Ok, kita mulakan dulu dengan hidangan ala-carte .




Ikan Menari - RM 38.80 . 

Ikan besor gilerssss . Leh makan ramai sekor nie . 
Kemain tau melentik ikan nya , memang macam menari . 




Udang Asam Pedas - RM 35.80 

Asam pedas yang mengancam . Pedas Masam cukup lengkap . Udang pun gemok dan segar . 




Udang Sambal Petai - RM 25.80

Sambal Pedas memang favourite YY , Udang dah siap kopek tue yang terbaik . 
Senang nak makan , ngap terusss jer . 




Kari Ikan Rasa Utara - RM 22.80

Ikan tenggiri di masak kari pekat . Ikan di campur pulak ngan terung dan bendi . 




Kailan Ikan Masin - RM 12.80

Pekat kan . Rahsia Chef tau . Ada gak tanya Chef camne leh pekat . 
Chef jawab dengan senyuman jer . 




Meriah kau . Ini makan 2 hari boleh kenyang . Muhahahhaha. 



Cukup citer pasal menu ala - carte . Meh YY citer pasal menu set pulak . Lagi jimat , dan bersesuaian untuk seorang makan . Eh , lupa nak habaq . Menu ala - carte korang boleh makan untuk 3 ke 5 orang tau . Portion besar . Boleh makan reramai secara berjemaah . 




Set Nasi : Ayam Goreng Cili Lagenda - RM 14.80 



Set Nasi yang disediakan . Lengkap . Pilihan lauk boleh pilih . 



Set Nasi : Ayam Kari Kapitan  - RM 14.80




Dah , dah . Cukup tueee. Kang korang terliuq . Tak habis citer lagi , x memasal korang bekejar ke Rasa Utara pulak . Nah , YY nak citer pasal Promosi sepanjang Ramadan pulak . Sikit lagi nak puasa dah , korang dah boleh plan mana tau nak berbuka dengan kengkawan dan keluarga . 




Promosi 1 : Rasa Utara Berbuka Puasa ( Early Bird Promotion 20% Off from the Total Bill! )

Syarat :

1. Promosi di semua cawangan Rasa Utara .
2. Valid pada 2.5.2016 - 6.6.2016
3. Setiap tempahan pada 2.5.2016 - 6.6.2016 akan mendapat diskaun 20 % dari total bil . 
4. Untuk mendapat diskaun , pelanggan perlu membuat tempahan dengan bayaran 50% dari total  bil . 
5. Not Valid untuk lain - lain promosi dan diskaun . 
6. Free Flow untuk pencuci mulut dan air di sepanjang waktu berbuka puasa .




Promosi 2Special Offering for “Berbuka Puasa”

Syarat : 

1. Promosi di semua cawangan Rasa Utara .
2. Not valid untuk lain - lain promosi dan diskaun . 
3. Diskaun 10 % untuk pelanggan terawal yang membuat tempahan pre - order dan membuat bayaran penuh dari 10am - 5pm pada 7.6.2016 - 3.7.2016 .
4. Free Flow untuk pencuci mulut dan air di sepanjang waktu berbuka puasa . 



Diantara menu special di sepanjang Ramadan 2016 tahun ini :



Kari Kambing Rasa Utara 




Ayam Tandoori




Ayam Percik




Ikan Bakar Air Asam 




Tu diaaaaa , menu special sepanjang ramadan nanti . Meriah uolsss . Kuih muih tue antara yang akan korang dapat secara sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa , Boleh makan berapa banyak yang korang nak . Eh , korang bukan makan lauk jer . Semua nie di datangkan dengan set nasi yer uolsss . 




Pelbagai jenis air di Rasa Utara





Ini lah Chef yang akan masak sesedap untuk korang kalau menjamu selera di Rasa Utara .



Korang ingat YY g makan sorang ke ?? Memang tak ler kalau menu banyak camniee, dah tentu makan reramai . Baru meriah . ( sorry gambor goyang pulakss ) 




So. jangan lupa korang menerjah ke Rasa Utara . Kalau dah terliuq , cecepat lah terjah yer  . Diantara cawangan Rasa Utara . 


IOI City Mall
Lot LG-46 IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502
Putrajaya
Telephone number : 03 – 8328 0733
Operation hours : 10.00am – 10.00pm


Berjaya Times Square
Lot G-12 & G-13 , Ground Floor,
No. 1, Jalan Imbi, 55100
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2011 0884
Operation hours : 7.30am – 11.00pm



Mid Valley Megamall
LG049-050, Lingkaran Syed Putra, 59200
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2201 3258 / 03 – 2282 0749
Operation hours : 10.00am – 10.00pm

Detail :

Instagram : Rasa Utara 







P/S : Makan punya pasal , sanggup meredah onak duri . #Eh . 













Pak Yus Dalam Kenangan .

Assalammualaikum,



Sedih dan peritnya sebuah kehilangan . Sedih sungguh tengok rancangan Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan . Orang baik – baik memang Allah sayang lebihkan . Al – Fatihah buat semua yang telah pergi meninggalkan kita .



alfatihah




Malam ini

Buat pertama kalinya
Aku melihat teman2 mu
Meronta-ronta
Mencari gurauan
Mencari tawa

Malam ini
Aku saksikan sendiri
Temanmu mengalir air mata
Bukankah teman2 mu pelawak dan penghibur?

Malam ini
Aku memerhati wajah2 itu
Termenung,
Entah apa di cari
Entah apa yang diralatkan
Atau di kilafkan

Malam ini
Mereka menyorok sebak
Di hati..
Menipu diri sendiri
Bahawa mereka benar ada..
Ada di dalam hati .

Tuhan kami pasrah
Bahawa kami juga akan pergi

Al fatihah


P/S : Al- Fatihah buat arwah ayah.

Murahnyaaa Empire Steamboat , Cyberjaya

Assalammualaikum,



Steamboat . Memang favourite YY . Nak jadi citer , masa memula YY kenal En. Abah . YY pernah bawak dia pi makan steamboat dengan BFF . Terperanjat dia tengok YY makan banyak . Hhahahhaha, nama pun buffet , harus lah makan dengan bersungguh – sungguh .



So, bila dapat tau ada steamboat baru bukak di Cyberjaya. Apa lagi , mari lah kita terjah . Kita kena cuba memana steamboat yang ada . Bila kat Cyberjaya , kena lah pi weekend , tak sempat pulak kalau nak pi weekdays kan . Pagi Sabtu , dengan anak dara . Angkut sekali ibu kita menuju ke Gem In Mall , Cyberjaya . Kalau ikut waze , dari rumah ke Cyberjaya cuma 40 minit .



Empire Steamboat , Cyberjaya




Sesampai jer , terawal plak . Kalau ikut booking pukul 11.30 pagi . jengjalan lah kejap dalam Gem In Mall yang xde apa pun sebenarnya . Ada Gym , dan ada beberapa tempat makan . Ingatkan Mall nya besor , rupanya kechik jo . Xde apa yang menarik pun .




Empire Steamboat , Cyberjaya




Cukup masa , kita menuju ke Empire Steamboat . Terletak di Ground Floor . Kalau masuk dari Pintu Utama memang terus nampak Restoran Steamboat nie . Ada pelbagai pilihan makanan steamboat dan korang boleh pilih nak buffet atau ala carte . Macam – macam pilihan ada . Ada seafood , ada desert , ada dim sum , ada buah – buahan , ada spagheti , ada otak – otak , ada chicken wing dan banyak lagi lah . Kalau pilih Buffet , boleh makan sampai lebam .




Empire Steamboat , Cyberjaya




Empire Steamboat , Cyberjaya



Empire Steamboat , Cyberjaya




Empire Steamboat , Cyberjaya



Tempat selesa , siap ada bahagian untuk anak bermain sesambil yang tetua menjamu selera . Xde lah banyak sangat iklan berlaku bila tengah makan kan .



Empire Steamboat , Cyberjaya


Selesa , memasing dengan periuk sup pilihan sendiri . Nak Sup Tom Yam atau Ayam . Xpayah nak share seperti di kebanyakan steamboat .





Empire Steamboat , Cyberjaya 


Korang leh kawal sup dengan klik klik ajer . Senang betul . Nak bagi sup korang menggelegak , buh 3 . Nak kurang buh 1 . Kalau agak- agak nak bagi rehat , xmo masak apa – apa  OFF dulu .




Empire Steamboat , Cyberjaya


Sambil makan , anak korang boleh bagi diorang bersuka – ria bermain di bilik permainan . Bebudak seronok , mak budak pun boleh makan dengan seronok .




IMG_0768[1]

Nampak tak tudung merah tue , ibu tengah makan . Sebelah jer tempat anak dara main .




IMG_0778[1]

Beria Tok Wan layan cucu .




IMG_0764[1]

Seronok anak dara



YY puas hati dengan suasana Restoran , Cuma ada masalah lalat sikit . Sian pulak tengok pekerja Empire Steamboat duk halau lalat . Bahagian seafood pulak , semua ok kecuali udang dan ketamnya tak berapa fresh . Ada dapat yang dah berbau sikit , maybe stok lama . Yang lain semua ok . YY suka dim sum, dan desert . Sedap .



IMG_0788[1]

Apa intai - intai tue anak dara


IMG_0794[1]

Dengan Staff Empire Steamboat yang ramah




IMG_0791[1]

Kusyuk Ibu dapat makan Steamboat


IMG_0799[1]

Harga


Waktu: 11.30 pg hingga 3.00 ptg

Harga: RM 22.90 (Isnin - Jumaat)

Harga: RM 25.90 (Sabtu & Ahad)




Waktu: 6.30 ptg hingga 10.00 mlm

Harga: RM 25.90


IMG_0798[1]

Terima Kasih Empire Steamboat , Cyberjaya .




Alamat :

G.10-G.13,
Gem In Mall, Mutiara Ville, 
Persiaran Sepang, Cyber 11,
63000 Cyberjaya.
[WAZE: GEM IN MALL]




P/S : Harga murah , dari steamboat yang YY biasa pergi .




Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Assalammualaikum,



Yuhuuu, nak memperkenalkan Kenyy Rogers dengan menu baru HOT FIERY FIEST yang sedap dan paling YY suka selain dari menu yang biasa korang makan di Kenny Rogers .



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!




Boleh di dapati dalam 3 pilihan hidangan . Spicy Chicken & Pasta Meal , Spicy Chicken & Pasta Lite Meal , dan Sesame Penne Pasta Meal . Setiap hidangan disediakan bersama Country Style Chicken Soup . Hidangan kali nie sesuai sangat untuk korang yang suka pedas .


Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Spicy Chicken & Pasta Meal = RM 23.50 .

Ayam Panggang dengan Sos BBQ Pedas , Sedap kena dengan tekak YY . Chicken Soup yang berasa dan paling best tang Pasta tue . Layan macam dia punya sedap . Unik rasa bijan . Sampai YY mintak resepi wooo . Hhahhahaha, tapi hampa sebab KRR xnak bagi tau rahsia kesedapan Sesame Penne Pasta Meal .



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Spicy Chicken & Lite Pasta Meal = RM 17.90



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Sesame Penne Paste Meal = RM 20.90 .

Sangat sedap . Kena dengan selera YY . Rasa Bijan Pasta yang Unik .




Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Spicy Chicken ( ala carte ) = RM 13.90



Ayam panggang bersos BBQ yang pedas , ditambah dengan Country Style Chicken Soup , dan Sesame Penne Pasta Meal yang kaya dengan vitamin dan mineral melengkapkan hidangan yang malatopsss dikenali sebagai hidangan HOT FIERY FIEST .



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Korang boleh add on side dish dengan hanya RM 1.99 . Maksimum 3 side dish .



Promosi HOT FIERY FIEST bermula 9 November sehingga di beritahu kelak . Cecepat lah korang terjah Kenny Rogers berdekatan eh . Sebelum korang menyesal . Hahhahaa, drama sangat kan .



Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Sebelum Ibu makan , Kena bagi anak makan dulu kan kan kan kan .




Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Muka happy anak dara dapat makan aiscream . Terima Kasih Abam Zul dan Kak Anis dari KRR .




Hot Fiery Fiest Kenny Rogers Roasters Sedapnyaaaa !!!

Abam Zul KRR tengah bagi ‘ceramah’ sikit pasal HOT FIERY FIEST




Instagram : KRR Malaysia



P/S : Tadi pi makan KRR lagi , tapi lupa pulak nak snap gambor . Sedap bebenor .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah