Review Filem Pada Suatu Cinta Dahulu | Sinopsis dan Trailer

Assalammualaikum,

Yuhuuu, ada yang rindu YY tak?? Ok now YY nak review Filem terbaru dari MIG yang akan berada di Panggung bermula 21 Februari 2013 . Diarahkan oleh Pengarah Hashim Rejab. Apa kata korang baca sinopsis dulu. Filem ini di lakokan oleh Intan Ladyana , Wawa zainal , Nizam , Zalif Sidek , Pierre Andre , Rebecca Nur Islam dan ramai lagi.



Sinopsis :
Rasa tertekan Zainal dengan alam perkahwinannya yang sekarang ini, mengigatkan beliau kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, ketika dia di alam persekolahan Zainal terkenal dengan kenakalannya ketika itu Zainal baru tingkatan 4. Waktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan. Namun sejak perkenalan Zainal dengan Azura seorang gadis yang cute dan pendek, membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu. Namun segalanya berubah apabila Zainal mengetahui Azura menghidap penyakit kronik. Walaubagaimanapun Zainal tetap ingin meneruskan hubungannya bersama Azura, tetapi gadis itu terus menghilangkan diri tanpa pengetahuan Zainal. Berbalik pada tahun sekarang, Zainal ditakdirkan berjumpa semula dengan Azura, Azura menceritakan perkara yang sebenar bahawa selama ini dia menyamar sebagai pelajar sekolah kerana ingin menyiapkan penyelidikan psikologinya. Adakah Zainal tetap meneruskan hubungannya bersama Azura? Siapakah yang menjadi pilihan Zainal? Semuanya akan terjawab dalam filem romantik komedi, ’Pada Suatu ‘Cinta’ Dahulu’.



Trailer :


Intan Ladyana yang membawa watak Azura


Review :

Kemanisan saat di alam persekolahan memang tak leh dilupakan. Bagi YY saat sekolah adalah yang paling best sekali. Bila menonton Filem Pada suatu Cinta Dahulu memang akan mengimbau kenangan di mana korang nakal kat sekolah, buli kengkawan, mencari cinta ( eceeehh, bab nie memang YY tak pernah merasa, bila nonton Filem nie buat diri rasa cam rugi jugak takde peluang bercinta zaman sekolah ). Maklumlah, dedulu YY sekolah perempuan jer mana nak ngorat2 nie semua kan.

Tapi kan, bab membuli di sekolah nie, dari dulu sampai sekarang pun ada. Percintaan zaman sekolah pun ada baik dan buruk nya. Kalau korang naak sangat mengimbau zaman sekolah, memang patut tengok Filem nie. Daaan , boleh lihat sendiri kelainan yang di bawa oleh wawa zainal sebagai budak sekolah yang lurus. Comel jer tengok tau.


Bintang : 4 / 5 Bintang.

Blogger bersama Pelakon dan David Teo.



P/S : setiap orang ada pandangan sendiri, so ini pandangan peribadi YY yaaa . Peacee !!!








Ranking: 5

{ 9 000 suka nak komen... read them below or add one }

JOM KURUS KLIK3
How to Gain 5kg in 10 Weeks Banner

BlogMalaysia.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© YaNa YassiN All Rights Reserved