Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Kisah Terbelah Sebelum Raya 2016

Assalammualaikum,


Masih lagi dalam bulan syawal dan mood beraya . So, kita citer pasal beraya lah ek . Macam sayang pulak x citer , sok sok bila kak long qaireen dah pandai membaca , boleh jugak di baca citer raya masa dia kekechik . Lagi lah bila ada tragedi beberapa hari lagi nak raya . Tetiba mood nak update blog dah mari . Sejak mengandung , memang nak mengarang nie agak malas sikit . 


Sepanjang bulan posa , kan memang dah duduk kajang ngan ibu . Almaklumlah , kak long dah makin melasak . Dengan keje pun dah bertukar ke putrajaya . Jadi dekat lah sikit kalau nak ulang alik pi keje . Balik pun , ibu dah siap kan juadah berbuka . Anak dara Kak Long Qaireen nie , bila ibunya takde . Pandai pulak behave . Senang tok wan nak jaga . Ce , kalau ibu dia balik keje . Ya Allah , satu keje tak jadi . Asik lah jadi bebayang . Ngikut jer kemana pergi . Camne nak buat keje , nak masak berbuka pun xleh . Ada beberapa kali gak , YY berbuka sempat buat telor goreng jer , makan ngan nasi ngan kicap . Hoiii , bertabah sungguh .



Muncung sikitttt :)



Isnin ngan selasa sebelum raya tue , YY masih keje . Tapi En. Abah dah dapat cuti awal . Seminggu sebelum raya dah cuti , sampai lah raya ke-2 . Biasa lah , tentera bukan senang nak cuti . Itu pun nasib jer raya pertama dapat gak cuti . Balik keje selasa tue , ajak En. Abah kuar jap . Misi nak cari kan baju raya merah untuk Kak Long Qaireen , Kekonon raya ke-2 nak pakai merah . Padahal bukan Kak Long Qaireen xde baju merah , tapi baju kurung nya dah x muat . Cepat betul besar anak ibu nie . 


Misi cari baju kurung merah berjaya , pi Tesco jer . Ada cawangan Bintang Fashion . Amik kooo, ramai jugak yang cari baju raya last minit . Esoknya nak raya , ramai lagi yang masih bershopping . Dapat lah sepasang , Baju kurung budak RM 59.90 . Lagi mahal dari jubah ibunya . Bertabah lah yerr . 


Ok,... jap . 


Nak citer pasal tragedi beberapa hari sebelum raya . 

YY balik keje , perut cam tak sedap . So , membaring kan diri kejap kat bilik bawah . Kak Long Qaireen ikut Tok Wan nya naik atas . Tok Wan nak solat jap . Tetiba , YY dengar Ibu duk jerit "Long , Tengok nie muka anak kau habis berdarah" . Apa lagi , melompat lah turun katil . Tengok kat luar , Ibu tengah pegang Kak Long Qaireen , dengan muka penuh darah . Mulut ngan hidung pun darah . Haaaa, sudah . Dah kenapa . YY apa lagi , sambil meraung duk angkat anak pi basuh darah nyaaa. 


YY dah meraung nieee , yang Kak Long Qaireennya . Duk main simbah air kat muka , sambil tuee duk tepuk YY , siap cakap ." dah buuu , dah . Jangan Nangis " . Hoiiii , YY boleh gelak sambil nangis tue . Dia yang luka , x nangis . Dia pulak yang pujuk ibu . Tak sakit ke ??? Anak askar sungguh lah . 





Bila dah basuh luka , baru pasan yang terbelah kat bahagian dahi . Nasib tak kena mata . Menganga koooo. Cuak jugak YY tengok . Macam dalam . Memula tue , macam nak bawak pi klinik , tapi lepas dah basuh luka . Mandikan . Pakai baju , bagi nyusu . Dibantainya tido . Tak sampai hati pulak . Boleh Kak Long mentido sambil darah ada lah mengalir lagi . Masa tue , YY letak minyak gamat jer . 


Dah buat report kat En Abah , siap send gambar . En. Abah pun mengucap panjang tengok luka anak dara . Tapi yang tak leh blah , bila dia yang luka . KIta pulak yang di pujuknyaaa . Anak lah anak . 






Esoknya , bila YY g keje . Ibu msg suh balik . Katanya darah macam kuar jer . Dah dia melasak . Lompat sana sini . Tak kenal erti sakit . Tapi , bila tanya dahi tue kenapa . Pandai jawab "jatuhhh" , sakit x ,...dia jawab 'sakittt' . Bila tanya jatuh mana , x di jawab pulak . Sampai ke sudah kitaorang x tau dia jatuh kena apa sampai terbelah dahinya . 


YY pun call suh En.Abah bawak anak pi klinik . Sampai klinik , doc kata macam kena jahit . So , En. Abah tanya alternatif , Doc kata boleh pakai gam . Doc cuci , letak gam dan plaster . The best part , Kak Long Qaireen boleh duduk diam . Muka slumber jer masa Doc cuci luka . Doc pun pelik , siap Doc cakap. Baiknyaaa, kalau budak lain dah meraung tolak tangan Doc . Bila Doc tengok IC En. Abah , terkeluar ayat . OOoOOOO, anak askar . Hhahahhahaha, kental sangat ke anak askar nie . 





Bila YY balik keje , Anak dara duk jerit,... Ibu....Ibu,... Laju jer tangan dia duk tayang di bukaknya plaster kat dahi . Allah, x sempat nak tahan . Dah menganga balik lukanyaaa. Padahal , seharian tok wan kata elok jer , x usik pun bahagian luka tue . Tetiba Ibu balik keje, di tayangnyaaa . Sabar jer lah . 



Ok, tue jer kisah sebelum raya . Tragisss kan . Tak memasal dapat hadiah raya . Dahi bertanda . Gigih lah ibu nak cari apa - apa yang boleh buat hilang parut . Kang , dah besar kurang pulak hantaran . Hahhahahahhahahahahahhaha !!!!! .




P/S : Now , nampak macam luka dah makin baik bercantum dan kering . YY letak ubat kuning jer . 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah