Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pregnancy 101 : Detail Scan di MySonoworld

Assalammualaikum,


Pengalaman mengandung setiap orang pasti berbeza. Setiap anak jugak berbeza . Kenangan mengandung pasti akan terpahat dalam ingatan korang kan . Bila kandungan dah besar sikit , korang mula lah teruja nak bershopping barang baby , lagi  best kalau korang dapat tau jantina dalam kandungan korang tue kan .


So, pengalaman mengandung kali ke-2 nie , YY teruja nak buat detail scan . Korang mesti pernah dengar tentang scan 3D , 4D dan kini ada pulak 5D . dari scan nie lah , korang akan dapat tau kondisi kandungan korang , dan macam mana keadaan baby korang . Kalau detail scan nie , lagi detail se detailnya yang korang boleh tau .



Detail Scan di MySonoworld.com

Kenapa YY pilih buat detail Scan di Mysonoworld.com , sebab pertama yang akan scan YY mesti lah perempuan . Bertuahnya YY sebab dapat khidmat dari sonographer Puan Suraya Sulaiman . Bertugas sebagai sonographer beberapa klinik dan hospital sekitar Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengajar ultrasound di institusi tinggi seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Asian Metropolitan University. Dahulunya pernah berkhidmat di KPJ Tawakkal Specialist di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Mempunyai kelulusan dalam Degree in Radiography & Diagnostic Imaging (Universiti Islam Antarabangsa) dan Diploma of Medical Ultrasonography (Australasian Society Of Ultrasound In Medicine) .





Bapak ngan Anak nampak lebih tak sabar 




Sebelum Scan , kita isi borang dulu . Anak dara merajuk nak menulis gak . 





Bilik semasa Scan



Apa itu Detail Scan : 
  • Detail scan lebih dikenali sebagai morphology scan dan di lakukan dalam bentuk 2D ( hitam dan putih ) .
  • Sesuai untuk kandungan yang berusia 20 - 2 minggu .
  • Banyak aspek yang di nilai ketika ultrasound untuk memastikan kedungan membesar dengan sempurna dan normal .
  • Detail Scan akan melihat perkembangan :
    • kepala dan otak bayi 
    • Muka termasuk profil bibir
    • jantung
    • dada termasuk diagframa 
    • abdomen termasuk buah pinggang , pundi kencing dan perut . 
    • tulang belakang
    • anggota badan termasuk tangan dan kaki .




Kita buat Detail Scan dulu




Anak dara sibuk nak tegok adik dia . 





Nampak , detail sungguh kan bila korang berpeluang buat detail scan . Masa YY buat detail scan nie , kagum giler bila tang jari tue , siap boleh nampak 5 tulang jari dia . Peha gebu dia , siap boleh nampak tapak kaki lagi tau . 


Bukan setakat YY yang teruja , En. Abah ngan Anak dara Nur Qaireen Iman pun teruja gak . Bila YY baring , dengan dia sekali nak baring kat katil tue . Bila adiknya xmo tunjuk muka , duk tepuk lah perut YY sambil sebut , Adikkkkk,... adikkkk . Pujuk adik dia tunjuk muka lah tueee . 




Nampak kan tulang jarinya tueee,..




Payah sangat nak tunjuk muka , asik lah menunduk . 
Dekat pulak ngan uri . Lagi buat x bape jelas . 




Memang puas hati bila dapat buat Detail Scan . Sebenarnya YY macam risau jugak dengan kandungan kali nie . Yer lah , homoglobin asik low. Naik bising dah doctor suh makan itu ini bagi hb naik . 


Harga : Detail Scan di mysonoworld : RM 150. 

Korang akan dapat full report , CD dan Gambar hitam putih . Semua nie boleh di simpan untuk kenangan . 




Yang berwarna nie 3D / 4D Scan 



YY bukan setakat buat detail scan , sambung pulak dengan 3D / 4D scan . Dari 3D/4D scan , kita bleh tau jantina kandungan . Tapi apa kan daya , adik Kak long Qaireen nie pemalu sangat , muka pun payah nak tunjuk , jantina pun nak sorok . Malu - malu eh nak tunjuk . 


Harga : Detail Scan + 3D / 4D Scan : RM 180 

Korang akan dapat Ful Report , CD , Gambar Hitam Putih dan Berwarna . 



Harga Pakej di Mysonoworld :


Growth Scan : RM 50 per sessi
Melibatkan pengukuran saiz janin, lokasi uri, air ketuban, bilangan janin serta jantina.

Kandungan : dari awal kehamilan hingga 40 minggu .




Nuchal Screening / NT Screening : RM 100 per sessi

Mengukur ketebalan belakang leher bayi untuk mengesan penanda (Soft Marker) keabnormalan kromosom

Kandungan : 11 minggu hingga 13 minggu 6 hari 




3D / 4D Scan : RM 100 per sessi
Dipengaruhi beberapa faktor seperti maternal habitus (gemuk/kurus), posisi bayi ketika scan, kandungan air ketuban dan usia kandungan.

Kandungan : 24 minggu hingga 34 minggu 




Detail Scan : RM 150 per sessi

Melibatkan imbasan asas seperti GROWTH SCAN dan diteliti setiap organ bayi seperti otak, tempurung kepala, facial, tulang belakang, tulang-tulang utama serta jari kaki tangan, organ dalaman seperti jantung, hati, perut, peparu, usus, tali pusat, pundi kencing dan lain-lain . Kedudukan uri, jenis dan bentuk serta kajian Doppler .
Kandungan : 20 - 26 minggu


Detail Scan + 3D / 4D Scan : RM 180 per sessi

Keterangan lanjut seperti yang tertera di Detail Scan dan 3D/4D Scan .



Suasana di Mysonoworld 



Kaunter Pendaftaran 






Ada khidmat sewa kerusi roda di mysonoworld



Terima Kasih Puan Suraya Sulaiman Khan dan Mysonoworld .


Maklumat Lanjut : 

http://mysonoworld.com/


Alamat :


 BG 14,  Residensi Bistaria Apartment, 
Ukay Bistari, Hulu Klang,
 68000 Ampang, Selangor

No Tel :
03-4162 2754
010-225 6224

Email :
sonoworldmalaysia@gmail.com



P/S : Kak Long Qaireen makin manja sejak nak dapat adik . 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah