Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016

Assalammualaikum,


Sape peminat Star Wars , ce jerit kekuat !!!! kemain kan nak suh jerit bagai . Nie nak citer ngan korang , baru – baru nie YY sempat lah ke Sidang Media yang dianjurkan oleh Legoland Malaysia dan The Lego Group . Sidang Media ini bersempena dengan Lego Star Wars Day yang akan di adakan secara besar – besaran bulan Mei 2016 nanti .






Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016




Bukan setakat peminat dari Malaysia , Peminat Star Wars dari beberapa Negara seperti Hong Kong , Indonesia , Singapura dan Taiwan patut datang ke Legoland Malaysia Mei ini . Ada macam - macam aktiviti , yang paling best korang boleh masuk PERCUMA untuk Kanak - Kanak bila korang berpakaian seperti di dalam Star Wars . 






Banyak boleh jimat tue kalau dah dapat masuk FREE kan . Bermula dari 21 April sehingga 8 Mei 2016 , mak - mak dan apak - apak boleh menyertai "Built Your Own Dream Lego Star Wars" dan post kat Facebook. Jangan lupa hashtag #MasterYourForce dan #LegoStarWarsDay . Hadiah ??? Mesti lah menarik dan buat korang teruja nak menang . 10 pemenang paling kreatif dan menarik akan menerima hadiah dan akan disampaikan pada 14 May 2016.



Diantara aktiviti yang menarik di sepanjang Bulan Mei 2016 nanti :

1. Temubual bersama Lego US Master Builders iaitu Daniel Steininger dan Christopher Steininger yang didatangkan khas dari US ke Legoland Malaysia Resort . Betapa hebatnya diorang , bakal membina iconis spaceship dengan menggunakan 200,000 Lego Bricks . Eh , korang bukan setakat boleh tengok jer , korang pun boleh bagi pendapat sekali . Kira macam penyumbang idea jugak lah . 


2. Pada 3 Mei , Sidang Media sempena meletakkan last bricks  Lego Millenium Falcon yang akan di pasang oleh US Master Builder .Diorang akan menyiapkan binaan Millennium Falcon bermula 30 April sehingga 3 May 2016. Kalau korang dapat menghadirkan diri pada hari event berkenaan , korang berpeluang memasang mini limited edition Millenium Falcon danboleh bawak balik sebagai kenangan lagi tau . Jangan lupa datang tau , rugi wooo bukan senang nak dapat Limited Edition tueee . 


Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016


3. Pada 7 & 8 Mei pulak , akan diadakan pembinaan Lego The Tie Fighters dan juga Imperial March by 501st Legion . Siap ada perarakan lagi yang diketuai oleh askar askar Stormtroopers dan Darth Vader serta banyak lagi karektor dalam Star Wars . 

Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016


4. Penyampaian Hadiah kepada pemenang yang menyertai My Own Creation yang membina watak Star Wars menggunakan Lego . Pertandingan ini  akan disertai oleh negara seperti Hong Kong, Indonesia, Singapura, Taiwan dan tidak ketinggalan Malaysia tanahair ku . 99 models daripada pertandingan MOC yang terpilih akan dipamerkan di Legoland Malaysia Resort sepanjang Mei 2016 .


Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016

Dick Yoong, Country Manager, LEGO Malaysia.


Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016

Ms Thila Munusamy, Director of Sales & Marketiing, LEGOLAND Malaysia Resort

Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016



Dengan segala aktiviti dan kemeriah yang bakal berlangsung di Legoland Malaysia . Korang patut datang dan angkut semua kaum kerabat , anak - anak pasti seronok dapat tengok karektor Star Wars di depan mata . 


Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016

YY dan Dark Vader yang muka garang . Takuittt . 



Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016




YY pun macam dah terbayang - bayang nie bawak anak dara ke Legoland . Dedulu pergi Legoland , anak dara masih dalam perut . So , masa tue ibu dia jer yang seronok . Now , dah jadi mak - mak nie , kena lah buat anak pulak seronok . Yer dakkkk . 


Star Wars bakal menyerang Legoland Malaysia Mei 2016
Media diberi peluang memasang LEGO First Order Special Forces TIE Fighter tapi payah nyaaa kalau memang x biasa dengan Lego . Xde harapan nak menang . 



Jommmm korang , kita ke Legoland Bulan Mei 2016 nanti . Jangan lupa berpakaian Star Wars , dapat masuk PERCUMA pada 7 & 8 Mei 2016 .




 Online Ticket: www.legoland.my
Opening hours Water Park: 10.00 pagi - 6.00 petang [hotel guest 9.30 pagi]




P/S : Sempat lagi nak berpoya - poya sebelum cuti panjang . #Eh . 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah