Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

UNITEN Open Day 2015


Assalammualaikum,

Keputusan SPM pun dah keluar . Korang yang baru dapat result , ada plan tak nak sambung belajar kat mana dan kos apa ? Baru – baru nie , Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) telah mengadakan Hari Terbuka 2015 atau Open Day 2015 di Bangunan Pengurusan , Kampus Putrajaya pada 7 Mac 2015 dari jam 9.00 pagi - 5.00 petang . Acara ini merupakan acara tahunan UNITEN yang ke-13 , sejak penubuhannya pada tahun 1997.



Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk pengujung seperti pameran pendidikan dan kerjaya dari Kolej Pengajian Asas dan Umum , Kolej Kejuruteraan , Kolej Teknologi Maklumat , Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan serta Kolej Pengajian Siswazah . Kaunter khidmat nasihat dan kaunseling serta kaunter bantuan pembiayaan dari institusi kewangan juga disediakan .



Pengajian di UNITEN



Tawaran istimewa turut disediakan untuk pengujung pada Hari Terbuka seperti pemohon akan menerima surat tawaran yang akan dikeluarkan serta – merta untuk bakal pelajar yang memenuhi syarat – syarat kelayakan yang telah ditetapkan . Paling menarik , pemberian diskaun 100% bagi yuran memproses permohonan dari para pemohon . Selain itu , pengecualian bayaran menunjukkan Kesungguhan ( BMK ) sebanyak RM 300 akan diberi kepada 100 orang pelajar pertama yang berjaya ditawarkan semasa Hari terbuka UNITEN.



Pengajian di UNITEN



UNITEN mensasarkan seramai 3030 pelajar baru bagi kemasukan Jun 2015. Ini meliputi pembelajaran diploma , Ijazah dan Pasca Ijazah . Bagi bakal pelajar , mereka berpeluang berinteraksi secara langsung dengan para pensyarah dan warga akademik UNITEN .


Ini antara Pengajian yang terdapat di UNITEN :


Pengajian di UNITEN

Adam nanti nak belajar Engineering kan ??



 College Of Engineering

1. Electrical and Electronics Engineering

2. Electrical Power Of Engineering

3. Mechanical Engineering

4. Civil Engineering

5. Computer & Communication Engineering .




Pengajian di UNITEN



College Of Business Management & Accounting

1. Finance

2. Business Administration in Marketing.

3. Business Administration in Entrepreneur Development .

4. Business Administration in Human Resource Managemant .

5. Accounting

6. International Business .




Pengajian di UNITEN


College Information Technology

1. Computer Science ( Software Engineering )

2. Computer Science ( Systems & Networking )

3. Information Technology ( Graphics & Multimedia )

4. Information Technology ( Information Systems )



Pengajian di UNITEN



Yuran Pengajian di UNITEN di antara RM 14,000 sehingga RM 68,000 mengikut pengajian .



Program Pengajian Tempoh Pengajian Yuran Pengajian
Foundation Programmes 
1 Year RM 14,000 – RM 16,000
Diploma Programmes
2 1/2 Years RM 21,000 – RM 24,200
Engineering Programmes
4 Years RM 68,000
Computer Scienes and IT Programmes 
3 Years RM 52,000
Accounting  and Business Programmes
3 / 4 Years RM 43,000 – RM 56,000




Pengajian di UNITEN

Menuntut ilmu sepanjang hayat .




Jangan risau bab kos belajar , UNITEN ada menyediakan beberapa pinjaman pelajaran yang boleh membantu korang untuk menyambung pengajian . Diantaranya :



1 . PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional )

2. MARA – Majlis Amanah Rakyat .

3. YTAR – Yayasan Tunku Abdul Rahman

4. YTN – Yayasan Tenaga Nasional

5. JPA – Jabatan Perkhidmatan Awam

6. YCU – Yayasan Cancelor Uniten

7. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

8. Yayasan Pahang

9. Yayasan Khazanah




Uniten Facilities




UNITEN, Putrajaya Campus, 

Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 603-8921 2020, Fax: 603-8928 7166.



UNITEN, Sultan Haji Ahmad Shah Campus, 

26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang. Tel: 609-455 2020, Fax: 609-455 2000.










P/S : Lelama keje , rasa cam nak sambung belajar balik .





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah