Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Passport to Italy | Taste Of Milan @Italiannies

Assalammualaikum,

Makan , sape x suka makan kan? Korang pernah tak makan kat Restoran Italiannies. Restoran yang berasaskan makanan Italy macam pasta or spaggeti. Walaupun duduk kat Malaysia, korang masih berpeluang merasa makanan berselerakan menu Italy di Restoran italiannies.



Italiannies makanan 501


Haaa, korang tau tak yang sekarang di Italiannies ada buat promotion Passport to Italy dengan menu istimewa yang memaparkan budaya yang unik makanan Milan yang terkenal termasuk risotto . Promosi ini berlangsung selama 2 bulan iaitu dari 15 February 2013 – 15 April 2013 . Kira bila korang makan dengan tempoh 2 bulan nie, korang berpeluang bercuti ke Italy. Tawaran yang menarik kan, makan pun boleh dapat pi bercuti PERCUMA.



Italiannies makanan 539
Taste Of Milan


Italiannies makanan 505

Complimentary dari Italiannies, roti homemade. Memang sedap dan lembut sangat. Di makan dengan Minyak Zaiton dan Cuka. Serius memang sedaaaap sangat.
Air Pineapple Manggo dan Banana Strawberry.



Untuk menambah keseronokan kepada kempen, Italiannies akan memberi sebanyak 8 hadiah mingguan minyak wangi Versace sepanjang tempoh promosi. Setiap pemenang mingguan akan berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Italy untuk dua, bagi menikmati kepakaran yang lebih tradisional makanan Itali dan budayanya.



Passport To Italy :: Taste Of Milan



Appetizer

Italiannies makanan 561
Funghi Gratinati con Crema di Polenta

Moshrooms with creamy Polenta.

RM 22.90

Rich and creamy oven baked porcini and button mushrooms , served on polenta and drizzled with trifle oil and topped with Parmesan cheese.

Menu yang paling sedap gilerrrr, tekak YY masih duk terasa-rasa cendawan yang cair di mulut tuee.



Mains


Italiannies makanan 564
Costole di Manzo Glassata

Honey Glazed Short Ribs

RM 49.90

Honey glazed juicy beef short ribs , served on creamy mashed potatoes.

Yang nie pun sedaaap, daging lembut. Kata Chef di masak selama lebih kurang 5 jam. Puas hati untuk korang yang memang suka makanan yang berasaskan daging.



Italiannies makanan 568
Ossobuco d’Agnello

Braised Lamb , served with Apple Salsa

RM 52.90

Lamb Shank braised until tender, topped with a fruity gremolata of apples, lemons, oranges, garlic and basil, served on mashed potatoes.

Penggemar Kambing, ini adalah menu yang patut cuba. Rasa masam – masam dari apple hijau dan lemon memang menarik bila di kunyah dengan daging kambing yang lembut. Dimasak kira – kira 45 minit.



Italiannies makanan 572
Risotto con Pesce Bianco

White Fish Risotto

RM 23.90

Sauteed spinach and fish fillet , served with herbs Arborio rice.

Beras yang di import dari Italy , dengan ikan yang segar. Memang memuaskan hati. Risotto nya agak lembab dan sedap tak sama macam Risotto yang pernah YY makan. Juga menu yang patut di cuba jika korang ke Italiannies.



Dessert

Italiannies makanan 573
Crostata di Mele con Crème di Mascarpone

RM 16.90

Homemade classic apple pie, served with zesty Mascarpone crème.

Menggunakan Apple Fuji, dessert yang agak mengiurkan. Sesuai bagi yang x suka makan manis. Sebab rasa manis dan masam dalam Mascarpone creme agak seimbang. Sedap bangat.




Terdapat 2 Kategori dalam Peraduan ini :

Kategori 1 :
Berbelanja sebanyak RM 50 dan ke atas untuk mana – mana menu A’la Carte , korang akan menerima 1 borang peraduan. 
( Contoh : Jika berbelanja sebanyak RM 120 , Korang akan menerima 2 borang peraduan )


Kategori 2 :
Order mana – mana menu Passport To Italy main Course , korang akan menerima 2 borang peraduan.
( Contoh : Jika total Bill RM 120 dan Rm 40 untuk menu Passport To Italy , korang akan menerima 3 borang peraduan. )



Italiannies makanan 555Italiannies makanan 570
Puas hati dengan menu Taste Of Milan.


Layan #Keek masa di Italiannies .
Roti Homemade Yummeeh.







Italiannies makanan 577Italiannies makanan 580
Italiannies Empire Subang. 



Outlets yang terlibat di dalam Promosi Passport To Italy :
  • The Curve , Mutiara Damansara.
  • The Gardens Mall, Mid Valley City
  • Empire Shopping Centre, Subang Jaya.
  • Paradigm Mall, Petaling Jaya,
  • Gurney Paragon , Penang.

Italiannies makanan 587
Terima Kasih Italiannies Empire Shopping Centre, Subang Jaya.




Maklumat Lanjut boleh terjah : http://www.italiannies.com.my




Review Filem Dua Kalimah | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,


Dua Kalimah , Tajuk Filem yang bakal Menjengah Panggung pada 4 April 2013 terbitan MIG. Filem yang ke 72 MIG ini diarahkan oleh Eyra Rahman merupakan Filem ke – 2 beliau selepas Aku Terima Nikahnya. Filem yang berunsurkan Romantik Islamik nie di bintangi oleh pelakon hebat yang berbakat besar iaitu Shaheizy Sam , Nora Danish dan Yana Samsudin . Turut di bantu oleh Shima Anuar , Mikael Andre , Siti Aziz , Adiba Yunus dan Niezam Zaidi . Filem ini turut menampilkan pelakon yang berpengalaman seperti Wan Hanafi Su , Kartina Aziz , Rashidah Jaafar , Azlan Komeng , Kay Maria dan Ustaz Dini. Filem bercorak Islamik ini berlatar belakangkan keindahan dan kedamaian perkampungan persisiran Pantai di Kemaman, Terengganu.


Sinopsis :

Dua Kalimah mengisahkan sepasang kekasih Aiman (Sam) dan Selena (Nora) gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman, sepanjang perjalanan mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang yang berlainan dan melihat sendiri azab yang diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana semasa hayat si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Dua Kalimah MIG109Dua Kalimah MIG110
Saat Aiman akan menyambung pelajaran di Arab, meninggalkan kekasih hati Humaira.



Dua Kalimah MIG105
Dialog ketika ini yang buat YY agak tersentap.

“Jangan nak sibuk sebab aku memang ahli neraka”

Jangan lah kita di alami realiti ini mendoakan untuk menjadi ahli neraka, kerana neraka adalah tempat yang maha dahsyat.





Selena yang melihat sendiri kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat, malah dia sendiri berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawa Selena kembali ke jalan Allah namun mereka semakin terpesong akidahnya.


Dua Kalimah MIG107Dua Kalimah MIG114Dua Kalimah MIG116Dua Kalimah MIG120
Kematian yang di hadapi oleh Aiman, tetapi tetap tidak menginsafkan.



Dua Kalimah MIG108Dua Kalimah MIG121
Dua Kalimah MIG100Dua Kalimah MIG127
Kematian tidak mengenal usia, balasan Allah dengan setiap dosa itu pasti, kerana itu bertaubat lah.





Aiman yang masih cintakan Humaira, tidak mahu mengahwini Selena, namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.


Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman adalah anak kesayangan orang kampung oleh kerana akhlaknya yang baik.
Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad untuk menceritakan hal yang sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya Aiman bertindak mengugut Selena.




Dua Kalimah MIG131
Saat Aiman jatuh sakit ketika ingin melakukan ‘sesuatu’ pada Humaira.





Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas malah dia juga sukar untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.



Dua Kalimah MIG102


Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah untuk Aiman bertaubat atas segala dosa-dosanya? Adakah Selena masih setia untuk menanti Aiman menunaikan janjinya?




Trailer :



Review :
1. Filem yang YY rasa baik untuk di tonton , tahniah kepada pengarah sebab berjaya buat YY touching.

2. Massage yang nak di sampaikan dalam Filem  nie, mudah sangat dan korang boleh faham punya. Orang yang buat jahat pasti ada balasan dari Allah s.w.t.

3. Kagum YY bila scene mati dan pengurusan di tunjukan secara jelas, serius makeup tuk mayat memang menjadi , sampai teman yang duk sebelah YY dalam panggung tutup mata takut yaa.

4. Penghayatan lakonan watak utama, memang x leh dinafikan lagi, gandingan yang menjadi yaa.

5. Setiap babak yang berlaku, korang akan ada perasaan tertanya-tanya tau, sebab banyak kemungkinan boleh terjadi. Plus bila banyak scene renungan mata antara Aiman dan Selena yang membawa seribu persoalan.

6. Semua nampak ok dah, tapi bab ending jer yang YY tak berkenan sikit. Rasa boleh buat lagi tragis kot baru ngam dengan jalan citer. Ini pendapat YY lah, terpulang pada korang yang akan menonton nanti.


4.5 / 5 Bintang



**************************************************************


Gambar sekitar Malam Tayangan Ekslusif Filem Dua Kalimah.

Dua Kalimah MIG109Dua Kalimah MIG117Dua Kalimah MIG122Dua Kalimah MIG123Dua Kalimah MIG130Dua Kalimah MIG133Dua Kalimah MIG138Dua Kalimah MIG139Dua Kalimah MIG141
Kemeriahan di Malam Preview.


Dua Kalimah MIG500
Antara Pelakon Dua Kalimah yang hadir di malam Preview – Pict Credit to Fendy Ahmad



P/S : Apa yang terjadi dan berlaku di muka bumi ini adalah atas kehendak Allah







Selamat Hari Polis ke - 206



Assalammualaikum,

Wuhuuu, hari nie kalau korang nak tahu adalah Hari Polis. Sekarang PDRM telah menyambut Hari Polis yang ke-206 . Tahniah PDRM kerana telah menjadi anggota keselamatan yang terbaik di Malaysia. Biaq pi apa orang nak kata, memang lah kekadang ada jugak Polis yang buatr silap ( rasuah , pecah amanah , kebocoran maklumat ) tapi kan tak kan lah kita nak hukum satu PDRM di sebabkan kesalahan segelintir manusia yang tamak dan tidak reti bersyukur, Yer Daaak ??




Sebagai seorang yang sentiasa di keliling dengan anggota PDRM, YY dapat lihat sendiri susah senang nya diorang nie menjalankan tugas. Mulut hanya pandai berkata - kata, tapi seperti biasa lah Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pasukan PDRM tetap menjalankan tugas dengan sebaik mungkin walaupun kekadang bisa kata-kata boleh melemahkan semangat.


Kenangan 3 tahun dahulu, Tahniah diri sendiri. 


So, Tahniah PDRM dengan ulangtahun Hari Polis yang ke-206 . Moga menjadi anggota keselamatan yang cemerlang dan gemilang. Buat yang sedang bertugas di Sabah, harap semua selamat dan buat keluarga yang sentiasa risau dengan keselamatan anggoota keselamatan yang bertugas di perbatasan, bersabarlah. Setiap yang terjadi ada hikmah nya. 


Bersama KPN, Ce carikkk di manakah YY :P


Kenangan Manis diawal 2013 





P/S : Jangan fikir Negatif.







Selamat Pengantin Baru Zul & Ayu


Assalammualaikum,

Wuhuuu, sebelum YY berlayar di buai mimpi nak citer yang tadi pepagi YY dah ke Melaka menghadiri Majlis Perkahwinan rakan sekerja ( duduk sebelah jer kat opis ) . Nikah nya semalam lepas Asar, dan hari nie Majlis Sanding di belah perempuan, walaupun kawan YY nie lelaki, tapi bila Majlis lelaki akan di adakan pada Khamis nie di Kedah, adalah hari bekerja so YY dan kengkawan se opis ke Melaka jer, dekat lah sikit.


Ole-Ole dari Melaka yang YY baru lepas belasah, tebal bibir sebab kepedasan.



Kebetulan Ayu si pengantin perempuan turut berkerja di tempat yang sama dengan we all cuma seksyen jer berlainan. Kalau ikut sejarah perkenalan diorang nie, x sampai pun setahun diorang kawan, sudah di ijab qabul kan. Memang benar- benar kalau dah jodoh kan. Tahniah Zul, dalam diam – diam jer hang kan ( Zul nie memang pendiam giler kat opis ). Dan dedengarnya Ayu nie pun pendiam gak, Haaisshh camne lah korang duk kenal dan bercinta kan. Muhahahha, tetiba musykil tapi memang berbalik pada kalau dah jodoh kan.



IMG_2505
Buat Tatapan semua yang tak sempat Hadir.


IMG_2491
Pengantin bersanding, Tema Pink uolssss


IMG_2487
Senyum Lebar ko Zul kan, Huntunglah lepas nie ada orang jaga Smile



IMG_2500
YY yang comot kepanasan dengan Perantin dan geng hijau seopis.



Kidnap Pengantin jap sebelum dia bersiap. Ce teka sape masih Bujang .


Layan Video Nyanyian Johar masa Wedding Zul. Johar nie memang x leh jumpa mic, memang nak nyanyi sesaje.



Rakam Sikit jer, xde alasan nape rakam sikit. :)



Tahniah Zul, Moga lepas nie hang bekerja dengan lebih cemerlang ya. Maklum arrr tak yah nak pepening fikir hal kawin lagi, sebab dah jadi suami kepada Ayu pung. Yerr arr, hilang focus hang kan sebab asik duk fikir hal- hal yang x beres. Kita doakan hang bahagia hingga hujung nyawa, cecepat dapatkan junior geng hijau. Mana tau boleh berjemaah dengan Dja dan Dudah. Muhahhahaha, makin meriah lah geng hijau past niee. ( Jangan Tanya Geng Hijau tue apa Yaa, rahsia kerajaan tau. Hahhahaha ) #RahsiaLahSangat   #MemangRahsiaPun



P/S  : Asik pi wedding orang, bila kah turn diri ini Smile with tongue out





MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Assalammualaikum,

Weee , Lama nya YY x join GA. Kali nie nak sokong GA dari Mak Dara a.k.a Kak Adza si penulis skrip hebat. Hadiah banyak tueee, mana tau kot sangkut 1 kan. Cuba Luck, sama cam tajuk tuee.



Jom kita memenuhi Syarat GA.

1. Follow Blog Bicara Mak Dara – DONE lama dah follow
2. Buat entri dengan Tajuk “Malaysia’s Next Top Lucky Blogger by Mak Dara – DONE
3. Masukkan Banner dan Link ke entri GA – DONE
4. Copy Paste senarai penaja – DONE
5. Tag 3 Orang Rakan – DONE


SENARAI PENAJA.




TAG :





P/S : Moga ada tuah, AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah