Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Pengalaman Warded ada manis , ada pahit .



Assalammualaikum,


Hurm, Kalau korang perasan lah sebelum nie agak lama YY tak hupdate, kisah nyer YY telah warded selama 9 hari. Huhuhuhu, dah tetua nie merasa lah pengalaman duduk ward kan. Sakit apa ?? hurrm, demam dan kena jangkitan kuman jahat. So, masuk antibiotik lah. Ada jugak buat minor operation. Harap maaf lah sebab memang YY tak war – war kan pun yang YY warded, xmo orang lawat. Boleh ??



Hospital Kuala Lumpur HKL  513
Nampak bintang besar tue, menunjukkan ada jangkitan kuman.


Hospital Kuala Lumpur HKL  101
Tanda nama, jangan larik spital yaa.



Hospital Kuala Lumpur HKL  103
Cucukan yang pertama,



So , pengalaman duduk ward ada best, ada x best. Maklumlah, sakit kan so nak tak nak memang kena harap kan misi itu uruskan ‘sesuatu’ . Mula rutin bangun pagi, sesiap mandi sebelum doctor pelatih buat review kesihatan kita pagi tue dalam 7.30pg. Then , dalam pukul 8.30pg Doctor akan datang pulak. Lepas check situ, check sini. Pukul 10.30 Doctor pakar pulak round. Kekadang tue dalam 11 lebih doc lagi pakar akan round lagi. Kang petang pun ada lagi. Bagus lah ward pembedahan nie.




Hospital Kuala Lumpur HKL  112
Cucukan seterusnya, nie yg ke 4 x silap.



Bagus jugak perkhidmatan di Hospital Kuala Lumpur nie. Banyak kali check tuee. Doctor pun baik-baik jer. YY cuma x puas hati dengan Doctor pelatih, aduhhh !! lebam sana, lebam sini tangan YY bila kena cucuk. Ada tue, x pandai, tapi nak jugak cucuk kita, sampai urat pecah. YY nie gemokss, tapi urat kechik. Senang sangat urat pecah, past tue tangan lebam.



Hospital Kuala Lumpur HKL  116Hospital Kuala Lumpur HKL  118Hospital Kuala Lumpur HKL  126Hospital Kuala Lumpur HKL  131
Hospital Kuala Lumpur HKL  517
Diantara menu sepanjang di spital





Cuma yang YY x suka, adalah Misi yang bekerja di waktu malam. Sombong yaaa ampun. Dah ler muka tak reti senyum, bila minta tolang macam merengus jer. Hellooooo, bila tengok tugas shift malam takde lah seteruk orang siang. Korang banyak duduk jer pun. X sesuai tau, kalau terpaksa keje. Jangan jadi misi. Pi cari keje lain kan.




Hospital Kuala Lumpur HKL  127
Nurse pelatih duk bergosip depan YY




Hospital Kuala Lumpur HKL  130
Doctor pelatih pulok bergosip.




Ada sekali tuee, memang setiap pukul 3 pagi misi akan cucuk YY dengan antibiotik. Bayangkan antibiotik yang pekat nak lalu ikut urat kita yang comel, ya ampunnnn pedih giler ko. Selalu kalau misi siang kan, dia akan tanya dulu sakit tak ?? mana tau kot urat kita dah bengkak atau sumbat memang akan rasa sakit giler, tapi misi malam nie dia boleh belasah cucuk tanpa tanya sakit ke tidak . Then cucuk lelaju pulak tue, then terus blah. Wowww, masa nie YY dah meraung sesenyap xmo lah org lain terbangun dengar suara merdu YY nangis kan. Berguling2 atas katil sebab sakit gilerr. Yang misi tue dah blah, lampu pun tak buka , malam kan. Dia buat-buat tak nampak lah kot yang YY duk berguling niee. Kuang ajaq tull. Lepas tue apa lagi, esok tangan bengkak lah.




Hospital Kuala Lumpur HKL  534
View malam dari tingkap Ward.




Hospital Kuala Lumpur HKL  503
Lagi cucukan.



Sepanjang duk spital, setiap hari tangan di cucuk bertukar tempat. Maklum lah, cepat sangat bengkak tangan, tahan sehari jer. Ce bayangkan , sampai doctor pun dah tak tahu nak cucuk tak mana. Nak masuk ubat cepat, memang kena lalu kut urat. Dugaan sungguh.




Hospital Kuala Lumpur HKL  524
Suka doc pelatih nie, baik dan lembut jer.




Hospital Kuala Lumpur HKL  528
Romantik, Wife operate xleh angkat tangan, so suami tolong ikatkan rambut.




Hospital Kuala Lumpur HKL  555
Cucukan ke 8, sebelum kuar spital



Tapi kan, yang YY suka duk spital doctor dia hensem2 lah. Hahahaha, dalam sakit pun boleh cuci mata kan. Mungkin sebab Doctor selamat kan nyawa orang, so muka suci bersih jer. Tak kira doctor melayu, doctor cina , doctor india semua hensem manis jer muka. Doctor pelatih pun boleh tahan.



Hospital Kuala Lumpur HKL  544Hospital Kuala Lumpur HKL  545

Doc Pakar paling garang, Suka YY. Masa nie habis semua nurse, doc , sister pun kena marah. Gegara keje memain dan tak ikut peraturan. Padan muka diorg, memang patut pun kena tegur.





Hospital Kuala Lumpur HKL  548
Bila Pakar round, menimbun doc yang follow.




Hospital Kuala Lumpur HKL  576
Hasil cucukan dari Doctor pelatih, Masa nie YY boleh rasa urat pecah.
Lebam terus, Memang kesian kan.




Hokey, saje lah nak bebel pasal pengalaman duduk spital. Yang best YY x bayar sesen pun, sebab guna GL, Alhamdulillah, syukur dengan kelebihan dalam perubatan yang diberikan bila berkhidmat dalam kerajaan. Kalau korang nak tahu, kos pembedahan hanya RM20 . Korang bayangkan, kawan YY kata kalau buat kat Swasta mahu makan ribu. Murah bebenor kalau kat spital kerajaan nie. Sesuai lah untuk golongan sederhana macam YY.




Hospital Kuala Lumpur HKL  551Hospital Kuala Lumpur HKL  553
Kejutan dari Alang, memang YY dah nampak mamat pegang bunny nie pusing ward. Sekali brenti depan YY, terus bagi. Terkejut ai, ingat sape lah secret admire bagi bunga kan. Thankss alang, buat ai tersenyum kat spital.






Sebulan MC, hari-hari YY kena pi Klinik tuk buat dressing. Memang betul2 ujian, tapi tetap ada hikmah nya. Sebab sibuk PRU kan, kalau keje comfirm YY kena masuk Shift tuk jaga bilik gerakan. Kan, nampak tak hikmah nyaa Smile. Ada appoinment jumpa pakar balik, mana tau kot dapat sambung MC, tapi kengkawan opis dah rindu lah, sibuk suh keje.



P/S : Pengalaman duduk ward, masuk lak bilik bedah. Bius separuh badan, kaki langsung xleh gerak 9 jam. Fuhhh !! rasa cam lumpuh dah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah