Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

99 Kali Rindu Filem Islamik MIG | Sinopsis & Trailer

Assalammualaikum,

Satu lagi Filem dari MIG ditayangkan di panggung berhampian korang. 99 Kali rindu, Filem yang diarahkan oleh Azhari Zain adalah Filem ke 76 Mig . Filem bercorak Islamik menampilkan pelakon – pelakon seperti Wawa Zainal , Aeril Zafril , Afiera Riana , Adey Syafrien , Eddy Rauf , Niezam Zaidi, Siti Aziz dan ramai lagi. Seiring dengan motto MIG “Bintang Dicipta Bkan Dilahirkan”, nama – nama baru perlu di beri peluang dan di cungkil bakatnya untuk generasi pelapis yang akan datang dalam industri perfileman.


99 Kali Rindu Draft 1


Sinopsis :

99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya,Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita -Fatin Qalbie (Wawa Zainal) dan Zazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.

 
99 Kali rindu502


99 Kali rindu506

 
Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya  yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya.

 
99 Kali rindu513


99 Kali rindu514



99 Kali rindu516



99 Kali rindu518


 
Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali.


 
99 Kali rindu50599 Kali rindu519



99 Kali rindu52199 Kali rindu524
 
 
TRAILER

 
Filem Islamik yang terdapat pengajaran buat kita semua. Setiap yang berlaku adalah dengan kekuasaan Allah. Kita hanya mampu merancang, kalau Allah tak izinkan ia tidak akan terjadi. Kita kena percaya dengan Qada’ dan Qadar.

 
********************************************************************

Sekitar Majlis Malam Pratonton
 
99 Kali rindu102


99 Kali rindu104


99 Kali rindu11499 Kali rindu116

 
 
Saksikan 99 Kali rindu di panggung bermula 9 Mei 2013 di panggung berhampiran korang.























6 comments:

  1. xsabar nak tengok crite nie kan....best2..

    ReplyDelete
  2. wawa zainal memang comel bila bertudung...

    ReplyDelete
  3. comey la wawa zainal pakai tudung..
    fiwiiit

    kak yana bila nak berlakon?
    asyik bergambor dengan artis je nih

    ReplyDelete
  4. comey la wawa jenal..hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan.
    Semua pun cakap cantik wawa zainal pakai tudung :)

    ReplyDelete
  6. comey betul pelakon pompuan tu semua pakai tudung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah