Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#3 - Langkawi with Tourism Malaysia dan Santai Travel

Assalammualaikum,

Sambungan kisah percutian YY . Now dalam bus otw untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tadi kitaorg brenti lunch di Batu Kawan untuk makan tengahari berasaakan seafood. Memang terbaik lah. Pestime YY merasa Belangkas , Udang Lipan , Siput apa ntah ( cengkerang siap ada tetajam lagi ).

Dan trip ini memang banyak bg makan seafood. Kalau sesape yg x makan, memang agak kerugian yaaa. Dijangka akan sampai ke Kuala Lumpur malam . Dah Teruja nie nak up entri kisah2 trip kali nie. Next month jumpa lagi untuk trip ke Pulau seterusnya. Terima kasih Santai Travel.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

# 2- Langkawi With Tourism Malaysia dan Santai Travel


Weee ~~~ Morning uols. Sambungan kisah #LangkawiWithTourismMalaysia . Ada kisah Percutian PERCUMA kat SINI dan SINI. Today lagi banyak aktivit yang akan YY lakukan. Kebanyakkan yang melibatkan laut. Selepas bekpes jap lagi, kami semua ahli rombongan Media seramai 30 orang akan di bawa ke Pantai Pasir Hitam. Kenapa hitam? nani YY akan kaji selidik untuk korang.

Kemudian akan ke aktiviti ManGrove, Monkey On Water , Eagle Feeding , Crocodile Cave , Fish Farm Show , Andaman Sea, Kilim Geoforest dan Langkawi Bird Paradise. Ada yang YY pernah pergi pun masa sampai kat Langkawi dulu, tapi ada yang tak pernah pun. But, setiap kali pasti ada benda yang berbeza kan.

Ok, lah uolss. YY nak turun bekpes dah nie. Haaa, lupa nak bagitau, Kitaorang duduk kat Fave Hotel . Hotel nie adalah hotel baru memeulakan operasi di Pulau Langkawi. Best nyer tido malam tadi. Nanti YY akan buat satu entri pasal Hotel Fave nie uolsss.




p/s : Setiap yang kita lakukan, pasti ada satu pengalaman baru.



# 1- Langkawi With Tourism Malaysia dan Santai Travel



Assalammualaikum,

Live hupdate dari dalam bus. Now YY baru lepas bekpes di Pasar Besar Kampar. Pestime YY bekpes makan Mee Sanggul Laksa. Agak menarik, sebab saje nak try makan benda lain sikit. Kuih - Muih , Nasi Lemak kat KL pun ada.

Sekarang dalam perjalanan ke Gaharu Farm di Gopeng dan akan lunch di Auto city. Mahu blasah Nasi Kandar uolsss. Kemudian baru akan ke Jetty Kuala Perlis untuk ke Langkawi.

Ramai jugak media yang ada. Majoriti lelaki, ada dalam 5 orang jer pompuan. Dj Lin dari Suria FM pun ada, duduk depan YY ja dalam bus nieee. Pengalaman baru YY bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone





Bila Dapat Bercuti secara Percuma , Giler Tak Best :))


Weee ~~~ excited nie, now jam menunjukkan pukul 4.50pagi. Giler aaah, awal YY bangun. Semua ada lah di sebab kan keterujaan untuk berjalan jauh. Bila beraktiviti secara sihat untuk mempromosi kan Pelancongan Malaysia, itu adalah best. So, mungkin YY akan hupdate blog via BB jerk nanti eh. Selamat Tinggal Kuala Lumpur selama 3 hari ini. Minta maaf yer pada kengkawan yang kena kerja sebabkan Bersih 3.0 . Nasib ler YY dapat pelepasan, kalau tak menangis tak dapat pi Cuti - Cuti 1 Malaysia. Awal kan YY dah bangun, bila dah kena ada di tempat yang di tetapkan pukul 6.00pg. Jawabnya tido - tido ayam lah, sebab takut terbabas.









p/s : Jemputan untuk sorang, sape lagi blogger yang dapat eh??






Aktiviti Sihat di Hujung Minggu | Selangor Tourism


Wee ~~~ nak sambung dari kisah kat SINI. Sebenarnya aktiviti hujung minggu yang sihat. YY telah menjoinkan diri di dalam Program Kemasyarakatan Warga Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri bersama Selangor Tourism ke Kuala Selangor. Aktiviti sihat wei, buat keje amal gitueee. 

Majlis Daerah Kuala Selangor menjadi tuan rumah program nie. Memula kitaorang buat keje menanam pokok dan mengecat di Kampung Kelip-Kelip Kuala Selangor. Bila malam, apa lagikk kita tengok Kelip - Kelip ler. Betapa unik nyer serangga leh kelaur cahaya gitue. Naik boat manual di malam yang gelap, akan menyeramkan di situ yerr. Kebetulan cuaca agak sedikit renyai - renyai. Ramai jugak pelancong yang datang sini nak tengok Kelip - Kelip. Penambahan pendapatan utuk Daerah Kuala Selangor.

Misi menanam pokok dan mengecat

Siap sedia nak naik boat melihat Kelip - Kelip

Keesokkan hari nya, destinasi kami ke Hutan Simpan Raja Musa. Aktiviti menanam pokok ulam tenggek burung. Hutan nie pernah terbakar dulu, dan pernah di jadikan penempatan dan penanaman pertanian secara haram. Tapi sekarang tidak lagik. Hutan paya gambut, dalam duk sibuk nak tanam pokok, last2 kaki sendiri tertanam. Cuak wei masa tue. Nasib ada yang membantu.

Hutan Simpan Raja Musa

Then we all ke Kompleks Gerai Pasir Penampang . Kat sini di jual pelbagai jenis ikan masin dan ikan bilis. Nak kata harga murah, tak lah sangat tapi boleh lerr. 3 Peket ikan masin, cuma RM 10.00 . Hakoeyy lah, beli bebanyak mahu darah tinggi nanti. Spital jawapan nyaaa. The best part is, bila kita orang di jamu dengan Nasi Ambeng. Makanan Jawa yang akan popular di kalangan Masyarakat Jawa. Best tapi macam tak kena sikit dengan tekak YY, sebab YY nie suka makanan pedas. 

Kompleks Gerai Pasir Penampang

Lunch with Nasi Ambeng


Lepas checkout dari penginapan kitaorg kat Quarters Majlis Daerah Kuala Selangor, kitaorg menuju ke tempat membuat periuk tanah . YY tak ler try buat kan, tapi murah kot periuk tanah kat sini, dalam RM15.00 jer . Bak kata orang, masak dalam periuk tanah rasa lebih sedap. #EhYeke.

Tempat Buat  Periuk Tanah 


Dan, perkara terakhir yang kitaorg lakukan, adalah menangguk kerang. Aktiviti di Jetty Sungai Buloh, Jeram. Wei, panas kot naik bot tanpa bumbung, dan berpusing2 di tengah laut mencari kerang. So, korang jgn ler nak bising2 kalau harga kerang mahal eh. Dah rasa camne susah nyer, respek giler orang yang keje di laut. Belum tentu YY sanggup kalau fulltime buat keje di laut nie. Terima kasih sebab bagi bawak kerang free balik.

Menuju ke tengah Laut

Gaya orang menangguk Kerang




Terima Kasih Selangor Tourism / Selangor Shine sebab bagi YY peluang merasai pengalaman berharga niee. Lain kali ajak ler lagi yerr. Best laaah. 




p/s : Sebelum nie penah follow Selangor Tourism untuk aktiviti 4x4 < SINI >




#Blogger yang turut sama ada Hamzah Ian




Bila Menjadi Ibu ,Hari Lahir yang penuh makna


Wee ~~ entri khas untuk mengucapkan Happy besday to my BFF yang menyambut ulangtahun kelahiran nya pada hari ini yang ke - 27 tahun. Semoga di murahkan rezeki, di beri kesihatan yang baik. Bahagia bersama yang tersayang hingga hujung nyawa. Waaah, makin seronok kamu sebab 10 hari yang lalu kamu telah bertukar menjadi seorang ibu. Best nyer jadi ibu muda kan. Eh, muda ke. Muhahahhaha. Moga kelahiran Muhammad Adam Miqail akan membawa sinar dan kemurahan rezeki buat kamu sekeluarga.

Bersama Muhammad Adam Miqail , baru beberapa jam lahir.

Sekecil tapak tangan di bela sehingga besar. Moga jadi anak soleh.



Khas Buat Rashidah M. Nor. Berpantang sungguh-sungguh tau. Kata mahu ramping naik keje nanti. :)) . Ramai yang dah rindu kamu kat opis. Alangkah bahagia nya sambut besday dengan baby sulung kamu kan. 


Dudah a.k.a Rashidah , YY dan Anis



p/s : Kisah sedih kamu dulu dudah , dah jadi kisah bahagia sekarang :))




Aktiviti apa nieeee ???


Wee~~ lama plak rasa tak hupdate blog. Sebenar nya YY telah melakukan 'sesuatu' yang amat bermakna. Nak story mory agak tak sempat eh. Sebab YY ada misi nak kena settle kan . Apa kata korang layan picture dulu.

Menanam Pokok ??

Mengecat ??


Melihat apa itu ??

Mengapa sedih ???

Happy sangat nak pi mana ??

Buat apa tue mejah ??


Hokey, korang fikir-fikir lah yer. Sempat letak gambor jer dulu. Cerita penuh menyusul kemudian. Daaaaa !!!!!!!





Review | LockOut - Sinopsis dan Trailer.


Weee ~~ baru jer sampai rumah dari prebiu Filem LockOut. Bergegas nak update jap. Maklum esok YY cuti, boleh ler tido lambat sikit kan. Terima Kasih buat Media Hiburan sebab bagi peluang YY menonton Filem nie yang akan keluar esok. Nak tahu best ke tidak? Meh sini nak citer.



Sinopsis / Review 
Lockout nie berkisar kisah di tahun 2079. Giler jauh maju ke depan. Memula tgk tahun , YY terfikir. Hiduplagi ke diri ini di tahun itu. Fuhh ! moga di panjangkan usia ku. Amin. Punya moden citer nie, motor zaman tue pun satu tayar jerk, itu pun besar yang amat. Tayar belakang jer yang ada pun. Bergerak laju macam terbang uolss.

Kisah nyer,pasal nak selamatkan anak Presiden US, EmilieWarnock yang kena jadi tebusan di penjara Space MS One. Agent Snow di tugaskan untuk selamatkan beliau. Penjara nie terletak di Space MS One, dan banduan kat sini semua di tidurkan. Giler canggih letak penjahat kat angkasa hokeeey. But mamat pengawal Emilie sengal yang mengiringi si Emilie adalah punca banduan semua boleh terlepas. Nak tahu punca nyer, korang kena lah tgk kan.

Snow yang berusaha nak selamat kan Tebusan di Space MS One

Then, tujuan si emilie nie pergi ke tempat yang agak bahaya tue, sebab nak buat kajian tentang banduan yang di tidurkan kat situ. Macam ada side effect, boleh jadi giler or melakukan keganasan yang luar biasa. Kesengalan mamat pengawal nie, terus jadikan Space MS One di tawan oleh banduan jahat. Gelabah ler presiden US sebab anak dia dah jadi tebusan. 

Masa nie Snow nak transform si Emilie ~~ Bertukar.

Kat sini lah aksi-aksi , keganasan terjadi. Snow berusaha nak selamat kan Emilie atas arahan Presiden di samping nak cari kawan dia. Sebab ada urusan yang tak selesai yang Snow perlukan banduan. Tapi, sesuatu terjadi higga Snow amat kecewa. Apkah dia,.. Yeaaah, korang kena lah tonton. Kang citer sampai habis, dah rugi takde orang nak pi panggung.

Joseph Gilgun as Hydell in 'Lockout'
Banduan yang jahat giler, dah ler muka buruk.


Filem nie memang best, tak bosan. Ada jugak unsur-unsur lawak yang di lakukan tanpa memek muka bodoh or sengal. Cukup dengan kata-kata. Dan kelainan dalam citer nie, memang takde adegan cintan-cintun. Cium-cium pun xde eh. Memang aksi sesaje. Cuma bab yang teknologi canggih nie nampak sangat lah CGI nyaaa. Mat Salleh buat citer kan memang kekadang over sikit.


3 / 5 Bintang. Kategori boleh tonton.

******************************************




Sebelum menonton, harus lah mencekik dulu kan. Kang dalam panggung duk berpunyi perut. Malu ler kat orang sebelah. Muhahahhaha. McD jadi pilihan sebab sebelah jer ngan GSC, kata pemalas nak jalan. Layan kan ajer, Selera mat salleh kita yerrr.

Mencekik dulu sebelum menonton, Laporrr

Anis Jadi mangsa peneman menonton wayang kali ini.

Anis Muka Teruja dapat tgk LockOut 




Trailer "LockOut"




Sekian. OkBai.



Bertukar lagi,... kali nie dah macam Suria Perkasa Hitam :))



Weee ~~~ apa yang korang perasan kat Blog YY today. Yeaaaah, tau mesti korang perasaan punya. Header bertukar lagi. Sebelum nie YY berterima Kasih sangat kat adik manis Didie Bee sebab buat kan Header YY. Ada citer kat SINI


Haaaa, ini lah header yang Adik Didie Bee buat kan. Taraaaaa ,..!!!!





Now , Header bertukar lagi. Hasil kreativiti Blogger Comel yang baru jer habis belajar. Tau sape, harus lah MyraVea . Si Cantik manis nie memang ada amik tempahan Header, Banner, watermark dan footer . Korang kalau berkenan dengan hasil kreativiti nyer, boleh lah terjah Blog Myra yerrr. Serius, YY suka dengan header baru nie. Terima Kasih yerrr adik manis. YY dah rasa nak pitam nie sebab ramai kata comel. Muhahhahaha, #pengsan. Nie ler header baru itu.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




YY & MyraVea di Program Selangor Shine


Ok, korang suka boleh tempah kat MyraVea . Cakap jer minat korang macam mana. Mesti Myra leh buat punya. Dah ler comel, kreative pulak tue. Bagus kan kalau orang ada ilmu nie, YY memang tak reti nak buat sendiri. Kalau buat , mesti tak lawa punyaaa. Header makin sweet, baru tambah semangat nak berblog. #okbai.




p/s : Header main peranan penting. Sebab YY pernah kena kutuk sebab header < SINI >







Proton Preve Dilancarkan | Harga Bermula RM59,540.00 – RM72,990.00


Wee ~~~ Akhirnya, Model terbaru dariPronton telah dilancarkan malam tadi. Korang tengok tak. Mesti korang teruja kan. Yang tengah duk usha jer, kete apa nak beli. Ini adalah jawapannya. Nampak smart plak. Nasib ler YY dah ada si hijau. Kalau tak meleleh gak air liur, korek2 duit dalam tabung nak beli satu Proton Preve.



Proton Preve, model terbaharu yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia akhirnya telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 April 2012. Majlis gilang-gemilang itu telah dilangsungkan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City, Seri Kembangan bermula jam 8.00 malam.

Menurut Proton, tahap penggunaan bahan api petrol bagi varian Executive manual ialah 6.2 liter bagi setiap 100 km perjalanan, manakala varian Executive CVT lebih menjimatkan pada kadar 5.8 liter bagi setiap 100 kilometer. Berkenaan kelajuan yang mampu dicapai, Executive manual mampu memecut sehingga 180 km/j, sementara versi CVT mencatatkan kelajuan puncak 170 km/j. 



Preve dilengkapi sistem keselamatan standard seperti ABS dengan EBD, dan tambahan BA (Brake Assist and Traction Control) serta teknologi baharu ESC (Electronic Stability Control) pada varian Premium, selain empat beg udara yang berada di bahagian depan dan tepi (Premium sahaja). Untuk pemberhentian yang lebih selamat, kesemua varian dilengkapi brek cakera di keempat-empat roda yang bersaiz 16 inci, dengan penggunaan tayar bersaiz 205/55 siri.

Harga antara yang paling menarik perhatian ramai apabila ia diumumkan lebih rendah daripada harga anggaran sebelumnya. Sama seperti harga tidak rasmi yang bocor terlebih awal sebelum ini, varian Executive manual 5-kelajuan berharga RM59,540.00 (Solid) dan RM59,990.00 (Metalik). Executive CVT pula berharga RM62,540.00 (Solid) dan RM62,990.00 (Metalik).

Seterusnya varian Premium ditawarkan sebanyak RM72,540.00 (Solid) danRM72,990.00 (Metalik). Kesemua harga merupakan harga atas jalan lengkap dengan insuran. Model yang paling diperkatakan ini sudah boleh dilihat dan dipandu uji di semua bilik pameran Proton yang berdekatan mulai hari ini. 

arenakereta.com  




So, Camne? Agak2 leh tangkap sebijik tak. Apa kata korang g jer showroom berdekatan. Boleh ler test Drive sekali. Kalau mampu dan berkenan. Layan kan ajerrr. 







Selamat Pengantin Baru Uci & Pasangan

Assalammualaikum,

Lokasi : Dalam kete
Masa : 6.30pagi
Situasi : Menunggu penumpang, mahu ke tempat kerja.

Bosan menanti,mengisi masa saje lah nak wish buat teman YY Uci yang telah selamat di ijabQabul kan. Moga kamu bahagia hingga hujung nyawa. YY berkesempatan ke Majlis kawin Uci yang diadakan di Dewan Dato' Keramat.

Bila dengar kisah perkenalan kalian. Berjiran dan berkwan dari kecil. Wah sungguh best kan. Panjang betul jodoh korang kan.Lama sungguh bertahan. Pasti ada pasang surut kan. Dulu masa belajar, sungguh xpernah namak Uci bercouple. Nguper nyer dah ada yang punya yaaa. Sekali lagi Selamat pengantin Baru. Moga kekal hingga ke syurga.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Review | Filem Berani Punya Budak


Wee ~~ seperti yang semua sedia maklum. YY ada citer kat SINI yang dapat jemputan ke Malam Gala Tayangan Eksklusif Berani Punya Budak. So, mesti korang nak tahu camne citer nyer kan. Tak sabar ler tewww. Hokey, meh sini YY nak story mory. Kalau Trailer ngan Sinopsis Korang boleh baca kat SINI jer lah yerr.

Sebelum tue, meh korang layan dulu gambar sekitar Majlis Malam Gala Berani Punya Budak.


Makan Dulu Sebelum Tayangan

Malam Gala kali nie, siap ada carpet merah. Ramai jugak retis yang hadir. Pelakon yang terlibat ada Afdlin Shauki, Awie dan Riezman Khuzaimi ja. Yang lain sibuk kot. Kecewa jugak sebab tak dapat jumpa Johan RL. Di antara #retis yang turut memberi sokongan untuk hadir di malam prebiu nie, Aziz M.Osman , Dira Abu Zahar , Amir RL , Adam Shah , Vee , Rashidi Ishak dan Ramai lagi.

Riezman Khuzaimi

Afdlin Shauki

awie , afdlin shauki , riezman

Review :

Korang akan dapat kelainan dalam filem nie. sebabnya dialog semua nyer dubbing. Majoriti menggunakan suara Afdlin Shauki. Dah nama pun Filem Aksi Komedi. Pasti ler aksi nyer banyak bebenor. Sampai YY yang menonton pun rasa letih sebab lawan tak habis2. Korang kalau nak menonton filem sesuka, nak gelak2 , xmo fikir banyak memang sesuai sangat ler. Bak kata Afdlin Shauki, kalau nak tengok filem yang takde motif, "Berani Punya Budak" adalah jawapan nya. Korang memang xkan jumpa lah adegan sweet2 macam dalam Papadom or Baik punya Cilok. Dubbing membuat kan filem ini banyak dialog yang lawak yang kan buat korang terbahak. Kosong kan minda, pasti akan buat korang rasa filem ini ok untuk di tonton.


Tayangan ekslusif filem Berani Punya Budak
Bersama Blogger ZZ , Amal , AmmarIna dan YY

Bersama Blogger Cik Nurul dan DeqNoor


DETAILS BERANI PUNYA BUDAK
Tarikh Tayangan     :  26 April 2012
Pengarah               :  Afdlin Shauki
Penulis  skrip          :  Afdlin Shauki
                                Nat Nualpant
Penerbit  Eksekutif :  Dato’ Ismail Abdur Rahman
                            :  Afdlin Shauki
Penerbit                :  Noradyman Sulaiman
Terbitan                :  Vision Works & Ismail Holdings
Pelakon                 : Afdlin Shauki, Awie, Johan Raja Lawak, Nabil, Adlin Aman Ramli, Mike B, Supaksorn Chaimongkol, Riezman Khuzaimi, Sharifah Sofia.
Klasifikasi              :  18
Durasi                    : 145 minit
Promosi & Pengedaran :  Alternate Pictures





Layan Disebalik Tabir ketika Penggambaran



awie dlm nie 90 peratus xde dialog




TRAILER :




Korang meh terjah panggung bermula 26 . April . 2012 nieee. Filem yang ada kelainan dari arahan Afdlin Shauki. Gabungan pelakon Malaysia dan Thailand. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah