Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Strawberi Cinta | Sinopsis & Trailer


Assalammualaikum,

Weee ~~ nie dia nak citer pasal Filem baru MIG – Strawberi Cinta. Lakonan Pierre Andre , Yana Samsudin dan Diana Amir. Filem yang ke 70 terbitan MIG . Waaah, banyak sungguh kan. Meh layan review dari YY.

Sinopsis :
Filem Strawberi Cinta mengisahkan perjalanan seorang pelancong Jepun bernama Ichigo (Yana Samsudin) yang datang melawat Malaysia bersama rombongan pelancong senegaranya yang lain melalui sebuah pakej pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours dan bertemu dengan Hakimi (Pierre Andre) seorang pemandu pelancong.

Strawbery Cinta107
Yana Samsudin membawa watak sebagai gadis Jepun

Strawbery Cinta110
Cinta mula berputik yaa

Apabila berada di Malaysia dia berasa tertarik dengan kepelbagaian budaya serta agama penduduk Malaysia dan berasa kagum dengan keharmonian yang dikecapi Malaysia selama ini. Pada masa yang sama Ichigo mengupah penyiasat untuk mencari ibu kandungnya.
 
Strawbery Cinta122
Diantara pelakon Strawbery Cinta
 
Strawbery Cinta115
siapakah Shafiqa?
 
Apabila Ichigo melihat beberapa tempat yang dilawatinya, dia segera akan teringat kenangan bersama ibunya dahulu. Hakimie sebagai pemandu pelancong dapat mengesan bahawa tujuan Ichigo lain dengan pelancong-pelancong yang pernah dia jumpa. Ichigo pula merahsiakan tentang tujuannya yang sebenar di Malaysia. Sehinggalah satu kejadian yang menimpa Ichigo dan di situlah segalanya terbongkar.

Strawbery Cinta116

Strawbery Cinta119
Apakah kejadian dan sebab yang membuatkan Ichigo datang ke Malaysia? Siapakah Shafiqa (Diana Amir) yang membuatkan Ichigo tertanya-tanya?

TRAILER :



REVIEW :
Membawa watak sebagai gadis Jepun, bila dengar Yana cakap Jepun memang bagus lah. Gigih dia belajar kan. Nampak comel sgt. Paling YY suka bila gandingan Pierre Andre dengan Yana Samsudin. Diorang memang ada kekemian. Comel dan sesuai sgt di gandingkan bersama. Filem yang boleh di tonton, dengan pengajaran di sebaliknya jangan serkap jarang, nanti menyesal. Kalau sesape yang minat sangat citer Jepun, Strawberi Cinta boleh buat korang lagi teruja nak belajar bahasa Jepun, sungguh tak tipu eh.

4 / 5 bintang.


*********************************************



Gambar sekitar Malam Preview Strawberi Cinta



Strawbery Cinta171Strawbery Cinta199Strawbery Cinta200Strawbery Cinta210Strawbery Cinta215Strawbery Cinta223Strawbery Cinta247Strawbery Cinta231
Strawbery Cinta243Strawbery Cinta245






P/S : Sedap makan Strawberi Cicah Cekelat







3 comments:

  1. cantik tol diana pakai tudung,, lagi nampak sempurna daripada yang dah lama pakai,,

    ReplyDelete
  2. nak tgk dkt panggung mmg xsempat..huhuhu kena tggu tayang dkt astro frstler jawabnyer....tp mesti bestkan yana ganding dgn pierre...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum yana....best juga cite ni mcm nak tengok jer...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah