Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Petronas Sentuhan Kasih sempena Deepavali

Assalammualaikum,

Weeee ~~~ weekend yang lalu kan, YY kan , berpeluang untuk sama – sama dengan kengkawan blogger dan petronas untuk memeriahkan acara Sentuhan Kasih Petronas di Kampung Wellington , Manjung Perak. Ini adalah sedikit sumbangan YY sebagai blogger dalam acara gotong – royong dan memberi sumbangan kepada penduduk kampung sempena Deepavali yang lalu.


Petronas Sentuhan Kasih 229

Seawal pukul 5.30 pagi YY dah terpacak dekat KLCC, depan pintu yang ada kete F1. Gigih sungguh , padahal pagi tue hujan selebat-lebatnya. Kalau tido memang syiok sangat lah. Tapi demi aktiviti kemasyarakatan , YY tetap bangun dan penuh semangat. Walaupun mata dah macam panda. Muhahhahaha. Sesampai jer, YY dah nampak kengkawan blogger seperti Melastik Bintang , Aku Biomed , EzzyIzzuddin , Ariff Shah dan Shakiddo . Heh !! baru YY pasan, dalam geng blogger yang dah biasa jumpa nie, YY sorang jer pompuan tau. Auwww, nasib lah selumber jer xde malu sangat nak bergaul.



Petronas Sentuhan Kasih 101
Dalam Bus, baru nak gerak.

Sepanjang perjalanan hujan jer, so blasah tido lah dalam bus. Bus dari Kopetro memang selesa sangat. Comfirm2 lah tido nyenyak, tak henggat donia. Perjalanan 3 jam dari Kuala Lumpur tak terasa pun. Nampaaak, betapa selesa nya bus Kopetro. Tq Bus Kopetro, bawak kitaorg ke Manjung dengan selamat dalam cuaca hujan.

Petronas Sentuhan Kasih 103Petronas Sentuhan Kasih 105
Kami dah sampai kampung Wellington


Sesampai jer di Kampung Wellington, kami di tugaskan untuk membersihkan sampah sarap yang ada disekeliling kawasan perumahan. Segala sampah – sarap , plastik , botol – botol di kutip dan di letak kan di tempat sampah yang sepatutnya. Bila keje di buat secara gotong – royong, memang kejap jer siap.


Petronas Sentuhan Kasih 116Petronas Sentuhan Kasih 121Petronas Sentuhan Kasih 122Petronas Sentuhan Kasih 130
Bergotong – royong membersihkan kawasan Perumahan.


Petronas Sentuhan Kasih 135
Kami lah Blogger yang gigih bergotong – royong.



Antara tetamu VVIP yang hadir ialah Datk Muhammad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hal Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS , Datuk Dr Abdul Rahim Hashim , Naib Canselor UTP , Datuk Chan Ko Yuon , Penasihat Menteri Besar Perak  dan M. Paramasivem , Ketua Kampung Wellington.

Kemudian kami beramai – ramai menyaksikan VVIP mencuba untuk menggoreng kuih vadai yang di buat menggunakan kacang putih. Meriah tau, bila VVIP Datuk Mohammad Medan Abdullah, Senior General Manager Group Corporate Affairs Petronas mencuba menghasilkan Vadai.


Petronas Sentuhan Kasih 140Petronas Sentuhan Kasih 142Petronas Sentuhan Kasih 153Petronas Sentuhan Kasih 154Petronas Sentuhan Kasih 160Petronas Sentuhan Kasih 168
Acara memasak Vadai oleh VVIP

Petronas Sentuhan Kasih 180Petronas Sentuhan Kasih 181
Dah masak, mari kita makan. Yummeeeehh !!!




Sempat jugak YY beborak dengan Makchik Kamala yang pakar dalam buat Vadai nie. Kira jadi wartawan kejap lah. Lebih kurang macam nie lah soalan nyaa .


YY : Makchik , apa perasaan makchik bila Petronas buat Program kat sini ?

MK : Saya sangat suka, jarang program macam nie berlaku di kampung nie. Petronas memang bagus, sebab pilih ini kampung untuk program sempena Deepavali. Budak-budak pun suka sebab banyak aktiviti yang dibuat. Bila Dato' pun turun padang, saya sangat berbangga. Kita 1 Malaysia, program macam nie boleh eratkan lagi silaturrahim.

YY : Saya pun seronok dapat menyumbang tenaga dalam program hari nie.

MK : Terima Kasih sudi membantu dan menjadi sukarelawan, ini bukti generasi muda boleh menjadi contoh kepada masyarakat.

YY : Terima Kasih juga Makchik Kamala kerana sudi di temuramah.

MK : Sama - Sama ( sambil tersenyum )



* ayat di perbetulkan supaya korang faham yaa. Sebab makchik Kamala tak berapa fasih berbahasa melayu.



Lepas tue acara mengecat bangunan balairaya kampung . Warna asal putih, dan telah di cat dengan warna kuning supaya nampak lebih ceria dan menarik. Seperti biasa, bila keje yang di lakukan secara gotong – royong , kejap jer siap.


Petronas Sentuhan Kasih 188Petronas Sentuhan Kasih 191Petronas Sentuhan Kasih 192Petronas Sentuhan Kasih 194

Acara kemuncak adalah, ucapan dari ketua Kampung dan VVIP dan di susuli dengan sumbangan kepada penduduk kampung yang berkelayakan. Kira duit raya lah, kata Deepavali baru jer lepaskan. Moga dengan sedikit sumbangan dari pihak Petronas, dapat menampung sedikit perbelanjaan keperluan harian. Dan akhir sekali, sebelum acara penutup sebuah persembahan tarian tamil dari para pelajar kebudayaan UTP di persembahkan. Memang kagum sangat, sebab ada dikalangan penari bukan lah dari berbangsa India, tapi mampu menari dengan baik sekali. Memang menarik dan membanggakan.


Petronas Sentuhan Kasih 204Petronas Sentuhan Kasih 207
Ucapan dari Ketua Kampung dan VVIP

Petronas Sentuhan Kasih 205Petronas Sentuhan Kasih 217

Petronas Sentuhan Kasih 213
Bersama penduduk kampung yang menerima sumbangan.


Petronas Sentuhan Kasih 222Petronas Sentuhan Kasih 227
Persembahan Tarian IndiaAlla Rippu dari Pelajar UTP



Sempat jugak YY duk berborak ngan Pelajar - pelajar UTP yang turut gembira dapat menyumbang sesuatu dalam program kemasyarakatan camginie. Di samping belajar, boleh jugak membantu keluarga yang memerlukan dengan menjadi sukarelawan dalam program sentuhan kasih Petronas.


Ringkasan segala aktiviti yang diadakan sepanjang Program Sentuhan Kasih Petronas :

1. Ceramah Kesedaran penyalahgunaan dadah oleh Pengasih dan Bulan Sabit Merah.

2. Aktiviti untuk kanak - kanak Kampung Wellington.

3. Acara memasak kuih traditional masyarakat India Masala Vadai dan Ulutham Vadai.

4. Mengecat dinding dewan orang ramai .

5. Persembahan tarian Indian Alla Rippu oleh pelajar Universiti Petronas Tronoh.

6. Melukis Henna

7. Menghias Kollam

8. Pameran Mini.



Selepas makan Tengahari, kami pun bertolak balik ke Kuala Lumpur. Seribu kenangan manis terukir indah di dalam lipatan kenangan sepanjang berada di Kampung Wellington. Terima Kasih Petronas kerana memberi peluang kepada YY dan kengkawan Blogger merasa menyumbangkan sedikit tenaga dalam Majlis Sentuhan Kasih Petronas ini.


Petronas Sentuhan Kasih 231
Kami lah Blogger bertuah yang dapat bersama Program Petronas Sentuhan Kasih.



P/S : Bukan setakat menulis, Blogger jugak boleh buat aktiviti amal uolsss.



6 comments:

  1. best nye ;)
    btw, nak ty, bla nk pos barang sy yerk? yg sy mng ga awk hari tu..

    ReplyDelete
  2. Bubble : Hadiah akan menyusul tapi lewat sikit. Jangan risau yerr, hadiah akan sampai.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik takde gambar aku tido dalam ni.

    Apa-apa pun, good event by Petronas. Lain daripada yang lain, dan paling penting, they give back to the community. Tahniah juga kepada blogger yang dapat menghadirkan diri.

    ReplyDelete
  4. Yana sorang je kan pompuan..

    apa pun tahniah dan syabas sebab bernikan diri dan gagahkan diri menyertai event ini.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah