Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Legoland Malaysia yg pertama di ASIA

Assalammualaikum,

Wee ~~ hokey, kisah percutian YY bersama Tourism Malaysia dan Santai Travel belum habis ya oulss, Selepas Langkawi, Pangkor, Cherating dan kini destinasi terakhir adalah Desaru , Johor Bharu. Macam biasa pepagi lagi dah berkumpul di Matic , Jalan Ampang. Kembara Media kali nie di taja oleh Kopetro sebagai Travel agency yang akan bawak kitaorg berjalan dengan bus diorg dan segala aktiviti di aturkan oleh pihak Kopetro.

Legoland Malaysia001_DSC_4125
Bus KOPETRO

Selepas bersarapan yang di taja oleh KFC, tq KFC di tol sungai Besi. Walaupun di serbu oleh sebuah bus yang semua nya memang tengah lapor, tapi layanan tetap bagus. Kitaorg di jamu dengan burger dan ayam KFC. Memang terbaik lah.


Legoland Malaysia001_DSC_3755Legoland Malaysia005_DSC_3760
Sarapan pagi ditaja oleh KFC


THE LEDANG , URBAN RETREAT

Legoland Malaysia008_DSC_3776Legoland Malaysia013_DSC_3781Legoland Malaysia015_DSC_3786Legoland Malaysia020_DSC_3792
Makan tengahari di The LEDANG


Then, kami di bawa terus ke Johor Bharu dan singgah di Ledang untuk Makan Tengahari. The Ledang adalah sebuah tempat yang santai yang korang boleh tenang kan fikiran. Terdapat CafĂ©’ , Meeting Room , Gym , Karaoke , SPA , Swimming pool dan pelbagai lagi. Tempat nie memang menarik, korang boleh bawak keluarga datang sini kalau ada kesempatan.


Legoland Malaysia025_DSC_3797Legoland Malaysia027_DSC_3799
Tandas The Ledang yang pernah mendapat Anugerah Tandas Terchantek


Legoland Malaysia029_DSC_3824
Santai di tepi kolam The Ledang

Legoland Malaysia007_DSC_3775
View dari menara di The Ledang


Terima Kasih The Ledang kerana menyediakan Menu Tengahari yang sangat sedap. Western uolsss. Bab makan memang semua nya best kan.


The Ledang Urban Retreat
2, Jalan Bendahara,
79250 Nusajaya,
Johor Darul Ta’zim
Tel : 07-5102020

GPS The Ledang : N01o 25.365’, E 103o 36.863’




LEGOLAND MALAYSIA , NUSAJAYA JOHOR BHARU.

Selepas makan tengahri baru kami bergerak ke Legoland Malaysia. Memang seronok dan teruja habis. Maklum lah, kebanggaan Malaysia akan muncul, masih dalam persiapan, tapi YY dah dapat jejak kan kaki. Kami di bawa melawat sekitar tapak Legoland Malaysia yang berkeluasan 76 ekar. Besar tau tempat nya. Mempunyai lebih 40 permainan, persembahan dan tarikan yang terdapat di Legoland Malaysia.


Legoland Malaysia040_DSC_3867


Menggagumkan bila Malaysia adalah Negara pertama di Asia yang mampu membina sebuah Legoland, dan Negara yang ke enam di Dunia selepas Denmark ( 1968 ) , UK ( 1996 ) , German ( 2002 ) , Florida ( 2011 ) dan California ( 1999 ). Terletak di NusaJaya, Johor yang tengah pesat membangun dengan pelbagai tarikan pelancongan.
Mempunyai 7 tema di dalam Legoland seperti :
  • The Beginning ( pengembaraan bermula , Dapatkan Legoland merchandise )
  • LEGO Technic ( Masa untuk mencuba permainan yang extream )
  • LEGO Kingdom ( “Conquer The Dragon Coaster”, romp through hideaways and ride astride the Royal Joust )
  • Imagination ( Bermain Lego anda bersama keluarga mengikut imaginasi korang )
  • Land Of Adventure ( Bersedia untuk “fire laser blasters” )
  • Miniland ( Melihat model mercu tanda Malaysia dan Asia )
  • Lego City ( Memandu sendiri kereta Legolands, dan dapatkan lesen memandu anda )



    Untitled
Harga untuk memasuki ke Legoland Malaysia jugak berpatutan, siap ada diskaun untuk pemegang Mykad. Tapi diskaun kalau beli di kaunter Legoland Malaysia, kalau beli online korang tetap akan di charge harga biasa.Kalau nak jimat lagi korang boleh beli Tiket Annual Pass.


HARGA TIKET LEGOLAND MALAYSIA
ANNUAL PASS DAY PASS
ADULT – RM 275
CHILD  - RM 210
ADULT – RM140
CHILD  - RM 110


Diskaun RM30 bagi pemegang MYKAD yang membeli di Kaunter Legoland Malaysia.
Sepanjang YY dan kengkawan Media dan blogger melawat tapak Legoland Malaysia yang hampir 80% siap, YY rasa berbangga sangat sebab Malaysia sudah mampu bersaing dalam membina sebuah lagi taman tema. Kali nie berasakan lego. Lego nie permainan zaman YY kekechik dulu, teruja sangat kalau dapat main. Mungkin budak zaman sekarang dah tak berapa kenal dengan permainan Lego sebab dah ada PS3 , Ipad or Gadget2 yang canggih2. Jadi, ini lah masa mak – mak or ayah – ayah zaman sekarang tunjukkan permainan yang masa kekechik dulu diowg pernah main kan.



Legoland Malaysia012_DSC_3937Legoland Malaysia043_DSC_3874Legoland Malaysia017_DSC_3943Legoland Malaysia044_DSC_3880Legoland Malaysia049_DSC_3887Legoland Malaysia055_DSC_3902Legoland Malaysia056_DSC_3904Legoland Malaysia059_DSC_3911
LEGO yang terdapat di LEGOland Malaysia


Habis Melawat, kitaorg dapat tgk tayangan video tentang Legoland. Seronok nya bila tengok negara – negara luar yang dah lama ada Legoland, lagi membuatkan diri ini x sabar melihat sendiri bila Legoland Malaysia yang akan dibuka pada 15 September 2012 . The best part bila YY sendiri merasa bermain dengan permainan Lego nie, bila di beri peluang untuk membina semula Maskot Legoland .




Legoland Malaysia061_DSC_3923Legoland Malaysia062_DSC_3924Legoland Malaysia064_DSC_3928Legoland Malaysia068_DSC_3934
Ini lah Lego yang YY cuba buat


Terima Kasih Legoland Malaysia kerana bagi peluang kami rombongan media melihat tapak Legoland Malaysia yang akan dibuka tidak lama lagi. Moga Legoland Malaysia akan menjadi salah satu tempat yang wajib rakyat Malaysia pergi jika ada peluang.




Legoland Malaysia070_DSC_3957
GM Legoland Malaysia

Legoland Malaysia072_DSC_3959
Semua ahli rombongan Media.


Cara untuk ke LegoLand Malaysia :

Dari Singapura via Tuas Second Link ( 10 minit memandu )
Proceed hingga korang nampak Nusajaya EXIT 312 --->> korang akan nampak Legoland Malaysia Sign

Dari Johor Bharu / CIQ / Singapura via Coastal Highway
Dari Dang Bay, teruskan perjalanan via Coastral Highway --->> proceed ke Nusajaya --->> korang akan nampak Legoland Malaysia sebelum sampai Kota Iskandar

Dari Lebuhraya Utara-Selatan / Senai Airport
Take / Tuas / Nusajaya / Pontian / Tanjung Pelepas Exit 253 --->> proceed to Nusajaya Exit 312 --->> Legoland Malaysia akan membantu anda ke Legoland Malaysia.


GPS Legoland Malaysia : N1o26’14”E103o37’2”


Maklumat lanjut di : www.legoland.my





P/S : Dibuka pada 15 September 2012 ,
Tiket dah boleh beli sekarang. Ada special price tau.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah