Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Mael Lambong - Sinopsis dan Trailer



Wee ~~ hai kaki wayang sekalian, korang teruja tak nunggu Mael Lambong menerjah panggung. Filem terbaru dari Excellent Picture arahan Ahmad Idham . Sape yang layan Maharaja Lawak, mesti korang tahu pasal karektor yang di bawa oleh Zizan iaitu Mael Lambong. Hak eksklusif Zizan, Mael Lambong adalah sebuah Filem Biografi berkisar tentang Mael Lambong yang bekerja sebagai Penarik kereta Profesional. Terjebak dengan satu komplot, apabila bertemu dengan Maria Lakonan Juliana Evans secara tidak sengaja.


Pertemuan Mael dan Maria membawa mereka ke perkampungan di Terengganu dan tanpa disedari merupakan kampung asal Mael Lambong. Masa nie lah konflik berlaku apabila Mael Lambong bertemu Taiger ( Taiyuddin Bakar ) yang pernah satu ketika dulu tidak merestui perhubungan Mael Lambong dan Rozie ( Shenty Feliziana ). 

Kalau korang nak tahu kenapa wajah Mael Lambong berparut ? Kenapa Mael Lambong tinggalkan Kampung nya? Dan siapa pilihan Mael Lambong, korang kena lah terjah panggung berhampiran yaa. Apa kaitan blog dan twitter dengan Mael Lambong, itu korang kena tonton.

Cinta 3 segi antara Mael Lambong , taiger dan Rozie.

Misi mencari kebenaran

Mael Lambong blasah orang yang nak curi laptopnya.

Mael Lambong sedih mengenang kisah lama ketika di kampung nyer Terengganu.




Review 
Bagi YY, Filem ini boleh ditonton dan korang akan pecah perut punya tengok aksi Zizan sebagai penarik kereta yang tak makan rasuah. Bab nak tarik kete pun boleh buat korang terbahak tau. Kira macam arghhh, lama jugak tak layan filem yang kelakor tak di buat-buat. Bak kata Zizan, memang diantara dialog adalah  idea dia sendiri tapi masih di pantau oleh Pengarah Ahmad Idham. Memang terbaik gandingan Zizan bersama Juliana Evans. Watak Taiger pun lawak jugak, mana tak nya tak habis - habis dengan Pengerusi JKKK kampung, konon berkuasa lah kan. Tapi dalam hati ada taman. Cuma watak Rozie mungkin boleh di korek lagi bakat nya, maklum lah pelakon baru. Mungkin agak tenggelam dengan watak Zizan , Juliana Evan dan Taiyuddin Bakar.

Ada jugak tarian Ulik Mayang ketika Pesta Pantai. Budaya kita jangan di lupa.

Wajah Mael Lambong sebagai penarik kereta Tak Makan Rasuah.


Keluar panggung pun semua masih teruja, macam tak puas jer nak bergelak ketawa. Tengok muka pihak media memang macam puas hati bebenor. Projek kerjasama antara Ahmad Idham dan Zizan nie agak berjaya, tahniah di ucapkan. Moga mencapai kutipan yang memberangsangkan, mana tahu boleh sambung Mael Lambong 2 plak kan. Clap3 ~ ~ ~




TRAILER




# 4.8 / 5 Bintang.


Gambar Sekitar Malam Tayangan Eksklusif Media.

Para Pelakon Mael Lambong

Hero dan Heroin Mael Lambong


With Juliana Evans

Ketika Sidang Media


With Zizan Razak

With Pengarah Mael Lambong - Ahmad Idham

Rakan - Rakan Blogger yang Hadir - Nurul , Anne , Ruby , Ziera.

282346 255102467924798 203401740 n Review Filem Mael Lambong
 RubySiezukaAnne, ShahrulZieraZaid, Mak Zaid danUzair




P/S : Ini adalah pandangan YY, kalau nak tahu kebenaran kena lah tonton.







6 comments:

  1. Hampir kepada FULL MARK! memang terbaek filem ni.. apa?apa? Mael Lambong tak makan rasuah!

    terbaek! =D

    ReplyDelete
  2. Wah...untunglah pergi premier screening hehehehe

    ReplyDelete
  3. eeeiii jeles tul gambar ngan zizan tu.. ;)

    ReplyDelete
  4. hurmm....jeles tgk gambar dgn zizan tuu..best nyer p sidang media meal lambung..huhu

    ReplyDelete
  5. sama la nurul, kite pon jeles gambar dia ngan zizan...cis...cis... *sambil
    kembang2 kan idong ~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah