Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Lisa Surihani Dapat Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO 2011


Tahniah buat Lisa Surihani. Selepas jumpa Lisa Surihani kat SINI hari tue. 
YY kagum dengan cara pemikiran dan kepetahan Lisa dalam menjawab soalan yang timbul. Lisa memang seorang yang bijak.


Then hari nie YY dapat tahu Lisa , dapat Anugerah Khas Pergerakan Puteri UMNO.
Lisa mmg layak.






Kata Lisa
 “Saya terkejut apabila menerima surat yang memaklumkan mengenai anugerah ini. 
Saya nampak ia sebagai sesuatu yang positif bahawa seseorang boleh melanjutkan pelajaran dan menceburkan diri di dalam bidang seni,” 
katanya sambil menambah adalah terlalu awal untuk beliau mengatakan dirinya telah bersedia untuk menyertai politik. Lisa juga merupakan graduan jurusan undang-undang.



“Tetapi berada di perhimpunan seperti ini telah menyuntik semangat saya,” katanya sambil menambah adalah terlalu awal untuk beliau mengatakan dirinya telah bersedia untuk menyertai politik.






Kelip-Kelip di Mata


Selamat petang uols. Esok dah masuk Disember lah. Sekejapan jerkan.
Nak sambut tahun baru lagi kita gamak nyer.
Hari nie YY rasa x selesa sebab masih batuk2.
Dan ditambah plak, kelopak mata kiri duk kelip2 dah beberapa hari.

Ada yang kata YY nak jumpa orang jauh,
ada jugak yang kata YY akan menangis.
Haisssh, x sedap hati lah plak.
Dalam fikiran duk fikir yg buruk2 jaaa.

Hope xde apa2 yang buruk berlaku lah kan.
Cuba nak abaikan, tapi xboleh.



p/s : ke ada yang rindu YY eh.... *perasan*



MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY


weee ~~~ lama dh x join GA. Kali nie GA dari Mak Dara dengan hadiah yang kebaboommmm.
jom JOIN.



Tajuk Filem : Aku , Dia & Blogger

Teringin betul nak tgk citer berkisar dunia blogger nie.








Pertama Kali Tapi seronok :))


Wee ~~ hari nie mula keje selepas bercuti 3 hari. Selamat pagi dan selamat tahun baru semua. YY mulakan hari ini dengan ceria walaupun mlm tadi xleh nak tido gegara minum white coffee. Ibu dh buat, anak minum jaaa. Last2 terus tak leh tido. Padan muka sendirik kan.

Hurrrm !! YY nak citer bab festime menonton bola di Stadium. Nie pun sebab kawan ada tiket lebih, so ajak lah YY. Memula tue macam xmo pergi, sebab kebetulan hari tue kan hujan. Dah ler janji di pintu utama stadium, haisssh mengagau lah nak mencarik jawab nyerrr.

But, x rugi rupa nyer . Best kot menonton secara live. Yang xleh blah, bila Malaysia gol jerk, YY plak yang terover melompat-lompat. Seronok tak terkata kot. Walaupun Malaysia kalah, tapi sokongan tetap buat Harimau Muda kita. Yakin BOLEEHHHHHHHHHH.



p/s : rasa macam nak g tgk bola lagi lah secara live.


* bahana menjerit, hari nie sakit tekak dan batuk2. Haisssshhh dugaaan. Macam nak demam.



Video | Ucapan Lisa Surihani untuk Belia Malaysia


Ok, Now nak tepek video Lisa Surihani. Sambungan dari kisah kat SINI . Untuk semua BELIA, dengarkan laaaaaaaah !!!






Muhahahha, suara YY yang last tue. Lisa Surihani Gorgeous kan. Dah Feel macam wartawan Melodi plak. 



Lisa Surihani | Myicon Malaysia


Weeee~~~ just nak sambung citer kat SINI.Berdating dengan Lisa Surihani. Lepas tgk wayang, YY ada event bersama MyIcon Malaysia di Killiney,PJ.Sesat barat jugak masa nak pergi tue. Sesampai jerk nasib event tak mula lagi .





Program MyIcon ini adalah program yang memberi peluang dan manfaat berguna buat belia kita kerana dengan ada nya program sebegini belia dapat berkongsi maklumat dan pengalaman bersama icon-icon belia nie.



Antara icon belia yang ada berikut:
1. Lisa Surihani ( Artis )
2. Dr Mohammad Nawar bin Ariffin ( diantara 10 orang calon angkasawan pertama Malaysia )
3. Chew Hoong Ling ( Aktivist Penderma Organ )
4.. Lim Teck Hoe ( 
Founder of MENTALITE Malaysia Mental Literacy Festival )

with Lisa Surihani

with Dr Mohammad Nawar bin Ariffin 

Diantara MyIcon yang hadir

Terbaik lah bila dapat berborak dengan icon2 yang bijak pandai. Banyak jugak ilmu yang YY dapat. Yang penting Icon-icon nie langsung x lokek berkongsi cerita.

Wajah - Wajah Lisa surihani

Sesambil chit chat, kitaorang di jamu dengan Mee rebus yang sedap dan air limau ais. Mmg santai sangat.

Mee Rebus terbaaaaik.


p/s: paling best dapat berborak secara personal dengan lisa & rakam video kata2 nasihat untuk belia. Nanti YY share yer. Tengah berusaha nak belajar edit video.Ngeh3x.


*Video Ucapan Lisa Untuk Belia kat SINI


Special Screening | The Twilight Saga : Breaking Dawan Part 1


Wee~~~, morning uols. Pepagi sabtu dah bangunkan. Padahal malam tadi YY tido agak lewat gegara layan DVD Korea, Tajuk PASTA. Ada 6 CD nak habis kan tueee. Demi nak tahu kesudahan YY gagah kan diri. Dah ler pepagi nie YY nak g tgk wayang nie.

Terima kasih buat apam_manis sebab bg tiket kat YY. Sebelum nie diowg bg tiket Immortals. Best sangat kan kalau dapat tgk wayang free.muhahahahha. Korang pun kalau nak tiket free, jom lah follow apam_manis. Ada banyak lagi tiket yang diowg nak bg tau. Paling best, apam_manis siap hantar tiket kat opis. Special delivery gitueee.




Hokey lah, nak siap-siap. Mybe tegahari YY akan ke program bersama Lisa Surihani. Apa2 nanti YY story kat sini yerrrr.



p/s: Tiket AIM pun apam_manis yang bg.bessssst !!!!


Follow apam_manis < SINI >


Petua di Jumaat | Goreng Ikan Tak Melekat di kuali



Weee ~~ hari jumaat muncul lagi. Kali nie YY nak share Petua kalau nak elak Ikan yang kita nak goreng melekat kat kuali.

Masa duk panas kan minyak, masuk kan sekeping asam keping kedalam kuali, then baru masuk kan ikan. Insya'allah, mmg x melekat sebab YY dah cuba pun. Dulu kalau goreng ikan mesti hancusssss ( sebab teror masak kan, muhahahhaa ).

Ehsan Cik Google

Tapi, sekarang tidak lagi. Yeaaaaah !!! kengkawan YY kata dh boleh kawin sebab dah pandai goreng ikan. Ahaaaks, kejam ayat tue kan.


***********

p/s : tapi ada org kata boleh letak bawang putih yang di belah dua masa menggoreng. yang nie YY tak try lagi.

Anuar Zain: Saya Malu Terima Anugerah Ini Daripada Tangan Yuna



Sebentar tadi berlangsung’nya sidang media untuk isu paling kontroversi penghujung tahun 2011 ini.
Sidang media ini di’hadiri oleh Pengerusi Bersama RIM, Rosmin Hashim yang sangat petah menjawab persoalan media tentang isu pemulangan trofi Lagu Terbaik AIM 2011.
Wakil dari Ernst & Young turut hadir menjawab segala persoalan dan mengakui mereka melakukan kesilapan ketika memberikan senarai akhir pemenang kepada penganjur Anugerah Industri Muzik 2011.
Anuar Zain yang turut hadir bersama Edry Abdul Halim ketika memberikan kenyataan berkata beliau sebenarnya malu untuk menerima anugerah Lagu Terbaik yang awal’nya milik Yuna.
Kami (Anuar Zain & Edry Abdul Halim) pun sebenarnya mangsa dalam keadaan ini dan agak pelik untuk kami berada di’sini menerima sebuah anugerah yang sudah di’berikan kepada Yuna,” ujar Anuar Zain.
“Tetapi saya puji semangat Yuna untuk menerima semua ini dan hadir ke sidang media untuk bersama sama memperbetulkan kepincangan yang berlaku — ini akan menjadi sejarah yang orang ingat sampai bila bila”


SUMBER 


**** ( ^ _ ^ ) ****



Apa yang berlaku pasti ada hikmah nya. Tahniah buat YUNA kerana bersikap positif. Sekurang-kurangnya siapa yang x pernah dengar lagu 'PENAKUT' pasti sudah dengar sekarang kan. Moga YUNA makin maju dan meneruskan dunia seni dengan lagu2 nya yang sentiasa ada kelainan. 



Penyokong Hilang di Jakarta | Hanya salah Faham.




KUALA LUMPUR: Facebook dan Twitter, semalam, gempar dengan berita kehilangan seorang penyokong skuad negara ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.


Berita Ahmad Firdaus Arham, 26, hilang tersebar di Facebook dan Twitter selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg pakaian dan dompetnya yang ditemui dalam stadium ketika perlawanan akhir Isnin lalu. 


Namun, berita terbabit hanya salah faham dan Ahmad Firdaus sebenarnya selamat di tanah air selepas pulang dari negara berkenaan, pagi semalam.

“Saya tidak hilang...saya selamat, semua ini salah faham, sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang.



“Saya juga tidak pergi menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia itu sebaliknya ke Jakarta atas urusan kerja,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana dompetnya boleh ditemui dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan mungkin orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu dan perkara terbabit juga sudah dimaklumkan kepada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menceritakan kisah sebenar, Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Sabtu lalu.

“Saya kemudian ke balai polis, namun pegawai di situ memberitahu saya masih mempunyai pasport dan tidak perlu membuat laporan berhubung kehilangan dompet.

“Ini hanya salah faham dan saya terkejut apabila nama saya heboh diperkatakan di Facebook dan Twitter kononnya hilang di Jakarta,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan bersyukur Ahmad Firdaus kini selamat berada di tanah air.



SUMBER




****** ( ^_^ ) ******


Kan, semua nie salah faham. Patut lah YY tgk kat Twitter Ahmad Firdaus nie semalam duk bising2. Sebab ada orang kata dia saje cari publisiti murahan. Opss, ada ke orang yang saje2 buat camtue eh.




Yang penting Firdaus dah selamat Pulang ke Malaysia. Baguskan, betapa prihatin nyer rakyat Malaysia.




#4 Wordless Wednesday | Layan Drama KOREA





Seharian kat opis layan drama nie, Sempat tgk 1 CD. Ada 5 episod. Esok nak sambung lagi 1 CD. TQ Izyan Bg pinjam CD Drama PASTA nieee



#3 Wordless Wednesday | Let it remain Wordless




Apa Jua Berlaku, Langkah diteruskan.

Yang berlaku pasti ada hikmahnya.


#2 Wordless Wednesday | Rezeki 2011 di bulan November




Alhamdulillah, Syukur.

#1 Wordless Wednesday | Let it remain Wordless




High Tea @Impiana KLCC,



Fakta | Sebab Malaysia menang Bola Sukan SEA #EhYeke


Wee~~ sape tgk bola semalam. Mesti teruja lebih kan. YY xleh tgk arr, nebes lebih. Sanggup lagi tgk CSI kat Astro kan. Tapi masa Penalti YY tgk hokeeey !!! Masa tue pun jantung dh degup laju. Suspen jer kan. YY tgk ulasan kat Twitter jerk. Ada yang duk puji, ada gak yang duk maki-maki x puas hatu ngan pengadil lah, lines man lah. Ada jugak yang x puas hati dengan pemain sendiri. Macam2 ragam dan ayat keluar kat Twitter ( Jom lah Follow tweet YY SINI ). Muhahahah, sempat lagi promote twitter kan.




Then YY terjumpa lah status menarik kat FB. Saje nak share ngan korang semua.


" TEAM Malaysia Hebat kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU dan yang penting TEAM MALAYSIA ada Khairul Fahmi Che Mat yang sentiasa CERMAT menangkap Bola dan MALAYSIA juga ada Baddrol BAHTIAR yang sentiasa BERIKHTIAR menjaringkan gol dari jarak jauh :)) dan yang paling HEBAT ialah kerana MALAYSIA ada ONG ( Ong Kim Swee ) "










p/s : menarik kan status nieeee


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia

Wee ~~ selesai sudah Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24. Tahniah kepada pemenang. YY berkesempatan melihat secara live acara yang gah ini. Terima kasih kepada Cik Laili bagi tiket kat YY.







Filem Box Office
KL Gangster – Skop Productions
Anugerah Gemilang Perdana Khas Juri
Pertama – Sidik Hussein
Kedua – Filem Libas
Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
Keempat – Filem Janin
Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
Pereka Kostum Terbaik
Rosada Abdul Hamid (Hikayat Merong Mahawangsa)
Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster)
Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jupri/Rizal Ashreff (KL Gangster)
Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali (Libas)
Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)
Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim (Hikayat Merong Mahawangsa)
Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin/Kek Ting Lim (Hikayat Merong Mahawangsa)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai (CUN)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shofi Jikan (KL Gangster)
Anugerah Khas Pencapaian Gemilang
Dato’ Michelle Yeoh
Filem Pilihan Penonton ASTRO
Kongsi (Metrowealth Pictures)
Pelakon Wanita Terbaik
Siti Shahreza (Janin)
Pelakon Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam (Kongsi)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Tan Sri Dato’ Dr Jins Shamsuddin
Pengarah Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)
Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah