Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

MP PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' meninggal dunia'

Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam ini di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.


Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.
Siang tadi Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.

Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.


Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.
Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.
sementara itu, Harakahdaily melaporkan, anak Allahyarhamah, Muhd Fawwaz, memberitahu 
jenazah ibunya diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.



SUMBER
***************************************************************************

YY x minat politik. X amik tahu pun. Tapi Arwah ahli Parlimen Kawasan umah YY. Beliau sangat bagus dalam menjalankan tugas. Kalau ada kenduri-kendara pun sanggup turun padang tue. X kisah lah parti mana bagi pendapat YY, janji sebagai wakil rakyat , beliau betul2 menjaga kebajikan rakyat. Tue yg YY nampak lah.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah